Memaparkan catatan dengan label Asset Management. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asset Management. Papar semua catatan

Isnin, 26 September 2011

Rumusan Asset Management


Dalam modul Asset Management atau pengurusan aset ini, dapat saya memahami dan merumuskan bagaimana sesuatu aset itu diuruskan, termasuklah bagaimana proses pembelian itu dijalankan. Ini adalah penting bagi sesebuah syarikat mahupun organisasi untuk melakukan pembelian dan jualan. Secara tidak langsung, dapat melatih kecekapan pelatih untuk menguruskan urusan pembelian peralatan dan urusan pembelian yang melibatkan kos yang sangat tinggi.
Aset itu sendiri membawa maksud pemilikan sesuatu yang berharga, yang diperolehi bagi tujuan memegang atau menggunakannya dalam sesuatu tempoh atau sepanjang masa dalam menguruskan sesuatu institusi.  Ini menunjukkan aset merupakan sesuatu yang sangat bernilai dan penting bagi semua pihak. Untuk menguruskan sebarang urusan berkaitan dengan pengurusan aset perlu mempunyai integriti yang tinggi, cekap, amanah, jujur dan bertanggungjawab. Ini bagi mengelakkan sebarang penyelewengan yang boleh mencemarkan nama baik sesuatu syarikat mahupun organisasi.
Bertepatan dengan saranan kerajaan untuk mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju yang pesat membangun perlu dititikberatkan aspek integriti supaya pertumbuhan ekonomi membangun dengan cemerlang, gemilang, dan terbilang bersama konsep 1Malaysia yang dilaungkan kerajaan.
Pada pendapat saya, penguasaan yang baik seseorang pelatih didalam bidang pengurusan aset ini merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat, bukan sahaja pada masa sekarang, tetapi sangat berguna apabila menempuh bidang pekerjaan nanti. Prospek kerja bukan hanya tertumpu kepada pengkhususan kerja sahaja, tetapi melibatkan aspek-aspek lain juga, termasuklah pengurusan.
Seperti kata pensyarah kita, kita sangat beruntung mempelajari modul ini sepanjang pengajian kita pada tahap 3 ini kerana banyak yang telah kita pelajari dan didedahkan berkaitan pengurusan ini, berbanding jurusan-jurusan lain. Latihan demi latihan akan lebih memantapkan pengetahuan dan kemahiran kita untuk jangka masa yang panjang.


Pengenalan dan Definisi Asset Management


Dalam modul pertama iaitu Asset  Management, kita telah mempelajari bagaimana kaedah gerak kerja  atau cara bagi proses pembelian diantara  pihak pembeli (purchaser) dan pihak pembekal (supplier). Gerak kerja yang telah dilakukan (sila rujuk lampiran) pula menunjukkan bagaimana pembelian peralatan secara pukal yang melibatkan kos yang tinggi dengan syarikat pembekal yang cekap dan efisyen.  Sebelum saya mengulas lebih lanjut berkaitan modul ini, saya akan menerangkan bagaimana proses pembelian berlangsung mengikut carta aliran yang telah ditetapkan. Pertama, kita hendaklah menspesifikasikan atau mengenal pasti perkakasan dan peralatan rosak yang perlu diganti. Kemudian, kita hendaklah memeriksa bekalan stok peralatan tersebut di tempat penyimpanan barang sekiranya kita menyediakan peralatan tambahan sebagai alat ganti. Ini bagi memudahkan kita menggantikan segera peralatan yang rosak tersebut.

Sebagai pihak pembeli atau (purchaser), langkah pertama dalam proses pembelian adalah mendapatkan permintaan sebut harga daripada pihak pembekal berkaitan peralatan yang ingin dibeli oleh pembeli. Kebiasaannya pihak pembeli akan menghantar permintaan sebut harga lebih daripada satu syarikat untuk membuat perbandingan. Setelah itu, pihak pembekal akan membalas dan memberikan sebut harga kepada pihak pembeli samada beserta katalog dan pamplet bagi memberikan maklumat terperinci tentang serta harga barangan yang akan dibekalkan tersebut. Pada peringkat ini, pembeli boleh memilih pembekal daripada senarai pembekal yang diluluskan. Antara ciri-cirinya adalah mengenakan harga yang berpatutan, kualiti yang tinggi, penghantaran yang cepat, keaslian, servis yang efisyen, menyediakan tuntutan jaminan, serta menyediakan perkhidmatan nasihat.
Selepas memilih syarikat pembekal yang layak dan memenuhi kehendak pembeli, maka pihak pembeli akan menyediakan borang dokumen pesanan belian (purchase order,PO) kepada pihak pembekal dan mendapatkan persetujuan pihak pembekal untuk membekalkan peralatan tersebut. 

Setelah itu, sekiranya pihak pembekal bersetuju, pihak pembekal akan memberikan persetujuan untuk membekalkan peralatan terbabit (reply purchaser order).
Apabila persetujuan ini telah dibuat, maka pihak pembekal akan menghantar peralatan yang dipesan (delivery order, DO) beserta tuntutan bayaran (invoice). Seterusnya pihak pembeli akan menyediakan bayaran kepada pihak pembekal (payment voucher) dan juga cek. Proses pembelian ini anda boleh merujuk kepada lampiran yang telah saya sediakan untuk melihat setiap peringkat dan tatacara bagaimana setiap proses tersebut disediakan, dipersetujui, ditandatangani, dan lain-lain lagi.