Setelah mempelajari modul ini, dapat saya rumuskan bahawa proses pemasangan dan penggantian memainkan peranan penting dalam proses penyelenggaraan komputer. Selain disebabkan faktor kerosakan, diserang virus, atau pelbagai lagi, proses dan gerak kerja ini dilakukan untuk menggantikan komponen-komponen yang telah lama dan lusuh.
Proses naik taraf komponen komputer adalah bertujuan meningkatkan kelancaran sistem komputer dan memenuhi spesifikasi perisian-perisian baru. Selain perkakasan komputer, perisian komputer juga tidak terkecuali untuk sentiasa diganti dan perlu dinaiktaraf kepada versi yang baru dari semasa ke semasa.
Disamping itu juga, proses naiktaraf ini sentiasa bertambah maju dan canggih, hari demi hari seiring dengan kepesatan dunia teknologi sehinggakan kita tidak terkejar oleh perubahan tersebut. Jika kita tidak peka, kemungkinan besar kita akan ketinggalan.
Dunia komputer adalah sangat meluas dan sentiasa berkembang. Jika dahulu kita menggunakan CD-ROM, sekarang kita menggunakan DVD. Begitu juga dengan penggunaan disket yang kini hanya tinggal sejarah. Walaupun begitu, ia masih relevan untuk digunakan walaupun penggunaannya telah digantikan dengan pendrive dimana kapasitinya jauh lebih besar. Sama seperti komponen komputer yang lainnya.
Kebaikkannya, sistem komputer semakin pantas, lancar, dan penggunaannya lebih mudah berbanding sebelumnya. Pemasangan komponen menjadi semakin mudah, ringkas, dan sebagainya. Penambahbaikan berlaku dari semasa kesemasa. Keburukannya pula, mungkin terdapat perkakasan dan perisian yang sedikit kompleks untuk diinstallasi dan digunakan. Kesimpulannya, bidang komputer semakin berkembang dan mencabar.
Memaparkan catatan dengan label Replce Of Computer Parts. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Replce Of Computer Parts. Papar semua catatan
Ahad, 12 Disember 2010
Langkah-Langkah Kerja Pemasangan Dan Penggantian ( Komponen Rosak ) Hard Disk
LANGKAH PERTAMA
· Buka/keluarkan penutup bay drive (ruang untuk drive pada casing) untuk keluarkan hard disk yang rosak untuk digantikan dengan yang baru.
LANGKAH KEDUA
· Masukkan drive dari depan bay dengan terlebih dahulu setkan jumper ( master/slave) pada drive.
· Sesuaikan posisi lubang skru di drive dan casing lalu pasang skru penahan drive.
LANGKAH KEEMPAT
· Hubungkan konektor kabel IDE ke drive padai motherboard (konektor primary dipakai lebih dulu).
· Apabila kabel IDE terhubung ke drive pastikan perbezaan seting jumper keduanya yakni drive pertama diset sebagai master dan lainnya sebagai slave.
· Konektor IDE secondary pada motherboard dapat dipakai untuk menghubungkan dua drive tambahan.
· Floppy drive dihubungkan ke konektor khusus floppy di motherboard
· Sambungkan kabel power dari catu daya ke masing-masing drive.
Langkah-Langkah Kerja Pemasangan Dan Penggantian ( Komponen Lusuh ) Processor (CPU)
LANGKAH PERTAMA
• Tentukan posisi pin 1 pada prosessor dan soket prosessor di motherboard, biasanya terletak di hujung yang ditandai dengan titik, segitiga atau lekukan.
• Keluarkan prosessor tersebut untuk proses penggantian.
• Tentukan posisi pin 1 pada prosessor dan soket prosessor di motherboard, biasanya terletak di hujung yang ditandai dengan titik, segitiga atau lekukan.
• Keluarkan prosessor tersebut untuk proses penggantian.
LANGKAH KEDUA
· Tegakkan posisi tuas pengunci socket untuk membukanya.
· Periksa setiap pin pada soket bagi memastikan tidak berlaku sebarang kerosakan.
LANGKAH KETIGA
· Pastikan semasa mengendalikan processor yang baru, pegang processor pada bucunya. Jangan sentuh pada connection point di bahagian bawah processor kerana ini akan merosakkan processor tersebut. Buka protective cover pada processor dengan menggunakan jari.
LANGKAH KEEMPAT
· Pada processor terdapat dua notch di setiap sisinya. Notch ini bertujuan bagi mengelakkan processor dari tersalah pasang. Ini bermakna, processor hanya boleh dipasang pada satu arah sahaja. Setelah anda telah mengenalpasti kedua-dua notch iaitu pada processor dan socket, letakkan processor pada socket.
LANGKAH KELIMA
· Setelah processor diletakkan pada socket dengan betul, tekan load plate dan load lever ke kedudukannya.
· Setelah selesai, jalankan pemasangan headsink.
Selasa, 30 November 2010
Fungsi Peralatan Penggantian Komponen Komputer (Multitester)
· Sebuah multimeter atau multitester, juga dikenali sebagai meter / volt ohm atau vom, adalah sebuah alat ukur elektronik yang menggabungkan beberapa fungsi pengukuran dalam satu unit.
· Sebuah multimeter merangkumi ciri-ciri seperti kemampuan untuk mengukur voltan dan arus.
Fungsi Peralatan Penggantian Komponen Komputer (Long Nose Plier)
• Membengkok dan memotong dawai halus.
• Memotong kaki komponen.
• Memegang atau mencapai komponen elektronik
di ruang yang sempit.
• Memotong kaki komponen.
• Memegang atau mencapai komponen elektronik
di ruang yang sempit.
Fungsi Peralatan Penggantian Komponen Komputer (Anti-Static Wrist Band)
· Sebuah tali pergelangan tangan anti-statik, ESD tali pergelangan tangan, atau peranti anti-statik digunakan untuk keselamatan orang yang bekerja dalam peralatan elektronik, untuk mengelakkan penumpukan elektrik statik di tubuhnya, yang boleh menyebabkan elektrostatik (ESD).
Fungsi Peralatan Penggantian Komponen Komputer (Screwdriver)
• Diperbuat daripada keluli keras.
• Saiznya ditentukan oleh panjang batangnya dan lebar hujung matanya.
• Digunakan untuk memasang dan menanggalkan skru.
• Terdapat dua jenis pemutar skru iaitu pemutar skru rata dan pemutar skru Philips.
• Pemutar skru mata rata digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk alur.
• Pemutar skru Philips digunakan untuk mamasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk palang.
• Terdapat juga pemutar skru kontot yang mempunyai batang dan hulu yang pendek digunakan untuk melonggar dan mengetatkan skru diruang yang sempit.
• Saiznya ditentukan oleh panjang batangnya dan lebar hujung matanya.
• Digunakan untuk memasang dan menanggalkan skru.
• Terdapat dua jenis pemutar skru iaitu pemutar skru rata dan pemutar skru Philips.
• Pemutar skru mata rata digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk alur.
• Pemutar skru Philips digunakan untuk mamasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk palang.
• Terdapat juga pemutar skru kontot yang mempunyai batang dan hulu yang pendek digunakan untuk melonggar dan mengetatkan skru diruang yang sempit.
Pengenalan Replace Of Computer Parts
Sebagai seorang Pembantu Juruteknik Sistem Komputer, kita perlulah mengenalpasti setiap komponen yang haus, lusuh, dan rosak (Identify Worn-Out & Faulty Parts), penanggalan komponen yang lusuh dan rosak (Remove Worn-Out & Faulty Parts), melakukan penggantian komponen yang lusuh dan rosak (Install / Assemble New Parts) dan melakukan pengujian ke atas komponen yang baru (Test New Parts).
Di dalam modul 5 ini yang bertajuk Replace Of Computer Parts ini merupakan modul kesinambungan daripada modul 2, iaitu Pc Assemble & Upgrading. Modul ini menerangkan secara terperinci bagaimana untuk melakukan penggantian komponen-komponen komputer berdasarkan dua task yang kita telah pelajari iaitu ‘Carry Out Installation Parts’ iaitu penggantian komponen yang telah lama dan lusuh, dan juga ‘Replace Computer Faulty’, merupakan penggantian bagi komponen yang telah rosak dan punah.
Antara langkah-langkah dan prosedur dalam melakukan tugasan ini adalah seperti (Identified Worn-Out Or Faulty Parts, Remove Worn-Out / Faulty Parts, Install New Parts, Test New Parts, and Report Replacements Parts). Kita hendaklah mengenalpasti masalah, meleraikan dan menyisihkan komponen lusuh dan rosak, installasi komponen baru, melakukan pengujian, dan juga membuat laporan setelah proses dan gerak kerja selesai.
Tujuan utama gerak kerja ini dilakukan adalah untuk proses menukar komponen-komponen yang telah lama dan lusuh kepada yang baru, terutamanya peralatan dan komponen yang rosak. Seperti yang telah kita pelajari pada modul yang terdahulu, penyelenggaraan terbahagi kepada dua iaitu ‘Preventive Maintenance’, iaitu penyelenggaran proaktif yang dilakukan sebelum berlakunya kerosakan pada sesuatu komponen atau peralatan manakala ‘Corrective Maintenance’ iaitu penyelenggaraan proaktif yang dilakukan setelah berlakunya kerosakan pada komponen dan peralatan komputer. Kita boleh mengenalpasti masalah dan sebarang kerosakan ketika melakukan penyelenggaraan kepada komputer kita.
Selain melakukan penggantian komponen yang lama dan rosak, penggantian komponen komputer juga bertujuan untuk proses naik taraf (Upgrade / Update) kepada versi yang terbaru. Upgrade dilakukan untuk meningkatkan prestasi, keupayaan, kebolehan, kepercayaan, kelancaran dan kestabilan sistem komputer mengikut keperluan dan spesifikasi yang diperlukan oleh komponen komputer itu sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)





















