Ahad, 29 Januari 2012

Pengenalan Server Configuration

Di dalam modul 4 iaitu Server Configuration, kita memfokuskan bagaimana untuk membuat penyambungan dan konfigurasi rangkaian jenis Local Area Network (LAN) di makmal komputer kita. Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan pula  akan menjalankan pengurusan pusat (Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan sebagainya. 

Dalam modul ini juga, kita mempejari langkah-langkah installasi perisian Windows Server 2003. Seperti installasi sistem operasi yang lain, installasinya adalah mudah dan boleh dilakukan sesiapa sahaja termasuk end-user. Terdapat pelbagai cara untuk melakukan installasi iaitu menggunakan kaedah boot-up dari floppy, cd-rom, hard disk, ataupun network. 

Kemudian, kita memasang dan membina objek Active Directory. Active Directory merupakan perkhidmatan direktori didalam Windows Server 2003. Ia boleh merekodkan semua sumber didalam rangkaian. Kita juga mempelajari tentang DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) dimana Protokol dalam istilah pengertian perkataan ialah satu tatacara. Dalam istilah perkomputeran dan rangkaian, protokol ialah tatacara ataupun bahasa komunikasi yang digunakan bagi membolehkan satu-satu rangkaian itu berkomunikasi. Dalam membolehkan satu rangkaian itu berkomunikasi, beberapa protokol rangkaian dicipta. 

Antara protokol yang sering digunakan dan sentiasa dibangunkan ialah TCP/IP. TCP/IP (Transmit Computer Protocol/Internet Protocol) seolah-olah satu landasan yang menghubungkan satu rangkaian dengan rangkaian lain dengan mengenali sistem pernomboran yang dikenali sebagai IP Address. IP Addres lebih mirip seperti alamat kediaman kita. Memandangkan pelayan DHCP tidak akan dipasang secara automatic pada Windows Server 2003 setelah diinstallasi, ianya perlu dipasang secara manual, seterusnya melakukan penetapan yang terdapat didalamnya.

Dalam modul ini juga,kita mempelajari tentang DNS, iaitu Domain Name System. Ianya merupakan satu set perkhidmatan rangkaian yang piawai. Menerusi perkhidmatan ini, setiap klien dapat log on dan menganalisis nama rangkaian. Kita juga akan mempelajari langkah-langkah pemasangan pelayan DNS, penetapan klien DNS, membina Forward Lookup Zone, dan juga menyingkirkan zon serta menambah rekod hos dan alias hos di dalam modul 4 Server Configuration ini.


Kesimpulan dan Rumusan Network Installation


Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer ini. Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabat, di mana maklumat-maklumat perlulah dihantar dengan cepat dan pantas bagi mengelakkan berlakunya kerugian atau sebarang kebocoran maklumat. Contohnya, ahli-ahli perniagaan, penghantaran maklumat yang pantas dan selamat berupaya menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.
 
Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat. Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet.
 
Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik iaitu berbantukan komputer dan perisian melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data.
 
Melalui maklumat yang diperolehi di atas, bolehlah kita simpulkan bahawa Sistem Rangkaian Komputer (Networking) turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam era teknologi maklumat terkini. Sistem rangkaian komputer merupakan sistem komputer yang berpaut bersama dengan terminal dan peralatan persisian yang lain melalui talian komunikasi. Rangkaian membenarkan pengguna yang berada pada kedudukan taburan geografi yang pelbagai untuk berkongsi aturcara, data dan peralatan. Teknologi rangkaian komputer ini yang pada awalnya hanya digunakan di kalangan masyarakat teknologi serta mereka yang gemar mencuba teknologi yang baru, tetapi kini menjadi antara teknologi yang mendapat penerimaan luas di kalangan masyarakat.

Tidak keterlaluan jika kita mengatakan teknologi rangkaian sebenarnya membuka suatu dimensi baru di dalam pengunaan komputer peribadi. Pengguna yang baru mengenali teknologi rangkaian seringkali tertanya-tanya mengenai kelainan dan ciri perbezaan yang dibawa oleh teknologi rangkaian kepada dunia perkomputeran. Sebelum teknologi rangkaian diperkenalkan serta digunakan secara meluas, kebanyakan komputer peribadi lebih berfungsi sebagai sebuah komputer tunggal. Pertamanya, ia tidak dirangkaikan iaitu disambungkan dengan mana-mana komputer yang lain. Oleh yang demikian, komputer tersebut hanya berupaya menggunakan sumber yang  disediakan serta terdapat pada komputer tersebut sahaja. Dalam erti kata lain, pengguna tersebut hanya dapat menggunakan perisian serta perkakasan yang terdapat serta disambungkan kepada komputer tersebut sahaja.
 
Sebelum wujudnya Sistem Rangkaian Komputer, pengguna yang ingin berkongsi perisian ataupun fail di dalam persekitaran komputer tunggal terpaksa menggunakan media storan yang boleh dialihkan seperti disket. Namun begitu, kehadiran teknologi rangkaian komputer membolehkan apa yang suatu ketika dahulu dianggap mustahil menjadi kenyataan yang menguntungkan, menyeronokkan dan merealisasikan impian ramai pengguna.



 

Selasa, 20 Disember 2011

Fungsi Bridge (Jambatan)


Bridge atau jambatan digunakan untuk menggabungkan dua buah media rangkaian yang berbeza, seperti antara media kabel Unshielded Twisted-Pair (UTP) dengan kabel serat optik atau dua buah senibina rangkaian yang berbeza, seperti antara Token Ring dan Ethernet. Bridge akan membuat isyarat yang dihantar oleh penghantar tapi tidak melakukan penukaran terhadap protokol, sehingga dua segmen rangkaian yang disambungkan ke jambatan tersebut mesti berada pada protokol rangkaian yang sama (seperti TCP / IP). Jambatan rangkaian juga kadang-kadang menyokong protokol Simple Network Management Protocol (SNMP), dan beberapa di antaranya mempunyai ciri-ciri diagnosis yang lain.


Fungsi Router (Penghala)



Sebuah router berfungsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain. Ia boleh disamakan dengan jambatan yang bijak. Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan asal. Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan dan jalan pintas.

Walaupun jambatan mengetahui alamat semua komputer di dalam rangkaian, router mengetahui alamat semua komputer, jambatan dan router yang lain yang terdapat di dalam rangkaian. Router juga turut tahu jalan mana yang sibuk dan mengarahkan data melalui jalan pintas sehingga laluan kembali normal.
 
Jika terdapat rangkaian LAN di sekolah yang hendak disambungkan dengan Internet, router merupakan jalan penyelesaiannya. Di dalam hal ini, router menjadi penterjemah di antara maklumat di dalam LAN dan Internet. Ia juga turut menyediakan jalan pintas yang paling baik untuk menghantar data ke Internet.




Fungsi Switch



Switch merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan atau circuit semasa penghantaran data kepada destinasinya. Ia turut dimuatkan fungsi router iaitu perkakasan atau perisian yang mampu menentukan laluan bagi data yang akan dihantar. Secara umumnya, switch adalah lebih mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju dari router. Switch selalunya berada pada lapisan ke 2 iaitu lapisan Data Link. Namun terdapat switch baru yang berfungsi pada lapisan ke 3 iaitu lapisan Network (IP switches). 
Dalam rangkaian yang besar, perjalanan data dari satu switch ke switch yang berada didalam rangkaian yang berlainan dikenali sebagai hop. Masa yang diambil oleh switch untuk menghantar data pula dikenali sebagai latency. Switch boleh dijumpai pada peringkat rangkaian backbone dan gateway dimana satu rangkaian bersambung dengan rangkaian yang berlainan dan pada sub rangkaian yang lain. Dalam rangkaian yang mudah pula, switch tidak diperlukan untuk mesej yang dihantar dan diterima didalam rangkaian. 
Sebagai contoh, Local Area Network boleh menggunakan token ring atau token bus dimana setiap mesej yang dihantar akan dikenalpasti oleh setiap komputer untuk mengetahui sama ada alamat mesej itu ditujukan kepada komputer tersebut atau tidak. Ia memecahkan keseluruhan rangkaian menjadikan bahagian-bahagian yang dipanggil segmen. Setiap portnya tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan tersendiri. Switch juga merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.

Workstation (Stesen Kerja)



Kesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali sebagai stesen kerja. Satu stesen kerja yang tipikal merupakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan kad antara muka rangkaian (Network Interface Card), perisian rangkaian dan kabel-kabel yang tertentu. Stesen kerja tidak semestinya mempunyai storan cakera liut atau storan cakera keras kerana fail akan disimpan di dalam fail pelayan. Hampir semua komputer berupaya berfungsi sebagai stesen kerja.

 

Fungsi Server (Komputer Pusat / Pelayan)


Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakkan rangkaian. Ia merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka. Sistem Pengoperasian Rangkaian bertapak di dalam komputer bersama-sama perisian aplikasi dan fail data yang boleh dikongsi. Fail pelayan mengawal komunikasi maklumat  di antara nod di dalam rangkaian. Contohnya, satu permintaan dari satu stesen kerja yang meminta program pemprosesan maklumat, menerima fail  data  dari  satu stesen kerja yang lain dan menyimpan mesej e-mel pada masa yang masa. Tugas-tugas ini memerlukan sebuah komputer yang menyimpan banyak maklumat dan berkongsi di dalam masa yang singkat.