Ahad, 29 Januari 2012

Pengenalan Customer Support Services

Will be Update

Pengenalan Computer Maintenance

Will be Update

Kesimpulan dan Rumusan Server Configuration


Secara asasnya yang kita telah pelajari iaitu rangkaian komputer merupakan sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian komputer juga merupakan satu sistem perkongsian untuk berkongsi fail, memindahkan fail,  berkongsi perisian aplikasi (untuk menjimatkan kos), berkongsi dan menjimatkan masa untuk memasukkan data, berkongsi pencetak, pengimbas, CD-ROM, menggunakan email, dan juga internet.

Dalam modul ini para pelatih dikehendaki melakukan tugasan penyambungan sebuah komputer pelayan iaitu (server) dan juga komputer pelanggan iaitu (client). Penyambungan komputer ini juga dikenali sebagai  ‘Workstation’ iaitu stesen kerja dan di dalam sistem rangkaian ini dimana ‘swicth’ digunakan sebagai titik tengah atau pusat penyambungan. Kaedah penyambungan rangkaian ini dipanggil Topologi Bintang (Star Topology), iaitu bermaksud semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator). Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.

Pada pendapat saya, dalam masyarakat era informasi kini, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).

Kesimpulannya, dengan mempelajari modul 4 ini dan melakukan beberapa gerak kerja amali, dapat memberi saya maklumat dan kemahiran bagaimana untuk menginstallasi, melakukan penetapan, dan mengkonfigurasi sistem rangkaian computer, seterusnya dapat mengatasi permasalahan berkaitan dengan sistem rangkaian. 




Fungsi-fungsi Peranti Rangkaian

FUNGSI SERVER


S
erver  adalah sebuah sistem komputer yang menyediakan jenis perkhidmatan tertentu didalam sebuah rangkaian komputer. Server disokong dengan pemprosesan yang bersifatscalable’ dan RAM yang besar. Server juga dilengkapi dengan sistem operasi yang khusus, yang disebut sebagai sistem operasi rangkaian. Server juga menjalankan perisian pentadbiran yang mengawal akses kepada rangkaian dan sumber-sumber yang terdapat didalamnya, seperti fail atau pencetak, dan juga memberikan akses kepada stesen kerja. Secara umumnya, didalam sistem operasi server ini terdapat pelbagai perkhidmatan yang menggunakan senibina klient / server. Contoh dari perkhidmatan ini adalah Protokol Tatarajah Hos Dinamik, server surat, server PTH, server PTB, DNS server, dan sebagainya

FUNGSI SWITCH


S
witch merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan atau circuit semasa penghantaran data kepada destinasinya. Ia turut dimuatkan fungsi router iaitu perkakasan atau perisian yang mampu menentukan laluan bagi data yang akan dihantar. Secara umumnya, switch adalah lebih mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju dari router. Switch selalunya berada pada lapisan ke 2 iaitu lapisan Data Link. Namun terdapat switch baru yang berfungsi pada lapisan ke 3 iaitu lapisan Network (IP switches). Dalam rangkaian yang besar, perjalanan data dari satu switch ke switch yang berada didalam rangkaian yang berlainan dikenali sebagai hop. Masa yang diambil oleh switch untuk menghantar data pula dikenali sebagai latency. Switch boleh dijumpai pada peringkat rangkaian backbone dan gateway dimana satu rangkaian bersambung dengan rangkaian yang berlainan dan pada sub rangkaian yang lain. Dalam rangkaian yang mudah pula, switch tidak diperlukan untuk mesej yang dihantar dan diterima didalam rangkaian. Sebagai contoh, Local Area Network boleh menggunakan token ring atau token bus dimana setiap mesej yang dihantar akan dikenalpasti oleh setiap komputer untuk mengetahui sama ada alamat mesej itu ditujukan kepada komputer tersebut atau tidak. Ia memecahkan keseluruhan rangkaian menjadikan bahagian-bahagian yang dipanggil segmen. Setiap portnya tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan tersendiri. Switch juga merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.

FUNGSI WORKSTATION ( STESEN KERJA )

W
orkstation adalah komputer-komputer yang disambungkan dan dihubungkan dengan internet (dikenali sebagai rangkaian internet). Fungsi-fungsi pengurusan rangkaian stesen kerja adalah menjalankan tugas-tugas pentadbiran pada stesen kerja tempatan ataupun jauh. Hanya pengguna atau permohonan dengan keahlian kumpulan admin, pada pelayan tempatan atau jauh, boleh melaksanakan tugas-tugas pentadbiran pada stesen kerja untuk mengawal operasi, akses pengguna, dan perkongsian sumber.

FUNGSI MODEM 


M
odem yang merupakan singkatan kepada Modulator-Demodulator akan menghubungkan satu komputer dengan komputer lain melalui rangkaian tertentu. Ia menukar (modulasi) isyarat digital (perwakilan bit: 0 & 1 sahaja) dari komputer kepada isyarat analog (perwakilan yang tidak tetap) apabila isyarat itu melalui medium seperti talian telefon kemudiannya modem pada komputer destinasi akan menukarkan (demodulasi) isyarat analog tersebut kepada digital semula agar difahami oleh komputer. Kemampuan modem membawa data pada kadar sesaat di tentukan berdasarkan kebolehan modem. Sebagai contoh, modem 56Kbps mampu membawa data pada kadar maksima iaitu 56 kilo bait per saat. Namun keadaan ini berbeza bagi modem yang dihubungkan ke rangkaian Internet, walaupun mempunyai kadar maksima pada kadar 56 Kbps, namun faktor kesibukan rangkaian akan mempengaruhi kadar capaian. Sekiranya lebih ramai pengguna yang menggunakan rangkaian pada satu masa tertentu, maka kadar capaian akan menurun kerana ianya akan dibahagi sama rata diantara para pengguna yang lain. Pada situasi yang kritikal, pelayan mungkin akan mengalami masalah seperti "server down" sekiranya pelayan tidak dapat menampung bilangan pengguna. Namun masalah sebegini tidak disebabkan oleh modem. Selain itu, modem juga boleh berfungsi sebagai "pendail" sekiranya telefon di pasangkan pada komputer.

FUNGSI ROUTER 

R
outer atau penghala berfungsi sebagai penghubung di antara dua atau lebih rangkaian untuk meneruskan data dari satu rangkaian ke rangkaian yang lain. Router adalah berbeza dengan switch. Switch merupakan penghubung beberapa alat untuk membentuk suatu Local Area Network (LAN). Sebagai ilustrasi, perbezaan fungsi router dan switch, switch merupakan suatu jalanan, dan router merupakan penghubung antara jalan. Masing-masing berperanan sebagai perumah yang berada pada jalan, yang mempunyai alamat di dalam suatu susunan tertentu. Dengan cara yang sama, switch menyambung pelbagai alat, dimana masing-masing mempunyai alamat IP sendiri pada sesebuah LAN.
Router sangat banyak digunakan didalam rangkaian berasaskan teknologi protokol TCP / IP, dan router jenis itu disebut juga dengan IP Router. Selain IP Router, terdapat AppleTalk Router, dan masih ada beberapa jenis router yang lain. Internet merupakan contoh utama dari sebuah rangkaian yang mempunyai banyak router IP.  

FUNGSI NETWORK INTERFACE CARD ( NIC )
 
N
etwork Interface Card (NIC) / Kad Antara Muka Rangkaian  juga dikenali sebagai pengawal rangkaian antara muka, adapter rangkaian, rangkaian kad atau kad bersih, yang merupakan salah satu komponen yang paling asas dalam rangkaian kawasan tempatan (LAN). Ia direkabentuk untuk berkomunikasi diantara komputer dengan rangkaian. Tidak kira jenis sambungan, pasangan terpiuh, kabel sepaksi atau gentian optik, komunikasi data hanya boleh dicapai dengan bantuan kad bersih.

Begitu juga dengan kad bunyi dan peranti lain, kad NIC perlu mempunyai pemandu sendiri untuk dipadankan. Fungsi utama penyesuaian rangkaian untuk mengambil data, menghantar kepada kabel rangkaian dari komputer, membahagikan data kepada paket yang sesuai dan menghantarnya kepada rangkaian untuk membolehkan komputer mengakses rangkaian itu. Setiap kad NIC mempunyai cip ROM yang mengandungi nombor unik, dan kawalan akses media (MAC) alamat yang kekal.

FUNGSI REPEATER (  PENGULANG )


R
epeater merupakan perkakasan yang mampu memanjangkan jarak maksima bagi sesebuah rangkaian seperti LAN. Repeater akan mengambil dan mengumpul semua isyarat yang sampai kepadanya, menyegarkannya semula kemudian menghantarnya  kepada LAN. Dengan kata yang lain, ia adalah satu peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media penghantaran elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut dan kemudian menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya. Satu siri repeater boleh memanjangkan isyarat pada jarak yang lebih jauh. Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkaian kawasan setempat (LAN). Ia turut digunakan untuk memperkuat dan memperluaskan penghantaran rangkaian kawasan wilayah (WAN) melalui media wayar dan tanpa wayar (wireless). Dalam sistem kabel, repeater boleh terdiri dari litar amplifier dan beberapa transformer isyarat. Dalam sistem komunikasi tanpa wayar, repeater terdiri daripada penerima radio, amplifier, transmitter, isolator dan dua antenna. Dalam rangkaian gentian optik, repeater terdiri daripada photocell, amplifier, light-emitting diode (LED) atau infrered-emitting diode.

FUNGSI BRIDGE ( JAMBATAN )

B
ridge atau jambatan digunakan untuk menggabungkan dua buah media rangkaian yang berbeza, seperti antara media kabel Unshielded Twisted-Pair (UTP) dengan kabel serat optik atau dua buah senibina rangkaian yang berbeza, seperti antara Token Ring dan Ethernet. Bridge akan membuat isyarat yang dihantar oleh penghantar tapi tidak melakukan penukaran terhadap protokol, sehingga dua segmen rangkaian yang disambungkan ke jambatan tersebut mesti berada pada protokol rangkaian yang sama (seperti TCP / IP). Jambatan rangkaian juga kadang-kadang menyokong protokol Simple Network Management Protocol (SNMP), dan beberapa di antaranya mempunyai ciri-ciri diagnosis yang lain.



Definisi Rangkaian Komputer


Apa Itu Rangkaian Komputer?

Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi. Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet.



Rangkaian bermula dengan binaan yang kecil, dengan penyambungan lebih kurang sepuluh komputer dan satu pencetak. Teknologi yang wujud di masa itu menghadkan bilangan komputer yang disambung dan panjang kabel komunikasi yang boleh dibenarkan dalam rangkaian. Di awal tahun sembilan puluhan kabel komunikasi boleh ditarik sejauh kira-kira 600 kaki dengan penyambungan sebanyak lebih kurang 30 komputer sahaja. Rangkaian seperti ini sesuai untuk organisasi yang kecil dan dikenali sebagai rangkaian kawasan setempat (LAN). LAN biasanya menghubungkan peranti dalam satu pejabat atau satu bangunan. Satu LAN boleh dibina hanya dengan dua komputer dan satu pencetak sahaja atau boleh diperluaskan dalam satu bangunan dengan memasukkan perisian audio dan video. Saiz LAN adalah terhad kepada jarak beberapa kilometer sahaja. LAN mempunyai kadar data daripada 4 Mbps sehingga 100 Mbps.

Perhubungan pengguna rangkaian dari berlainan negara telah mewujudkan perkembangan LAN kepada rangkaian kawasan luas (WAN). WAN boleh menghantar data, audio dan video pada jarak yang jauh sehingga merangkumi sebuah negara atau benua atau seluruh dunia.
Berikut adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer:
  • Perkongsian Maklumat
  • Perkongsian Sumber Perkakasan
  • Perkongsian Sumber Perisian
  • Utusan Elekronik (E-Mail)
  • Keselamatan Data
  • Sokongan