Selasa, 27 September 2011

Sikap dan Etika Kerja Profesional




TAJUK              : SIKAP DAN ETIKA KERJA PROFESIONAL
TUJUAN            :

Kertas Penerangan ini disediakan bagi memberi pendedahan dan kefahaman pelatih tentang pengetahuan sikap dan etika kerja profesional.

1.   DEFINISI ETIKA KERJA

Etika Kerja bukan sahaja berkaitan perasaan seseorang terhadap kerja, kerjaya atau pencutian tetapi juga melibatkan bagaimana seseorang itu menjalankan tugas atau menunaikan tanggungjawabnya. Ia juga melibatkan  perangai, sikap, rasa hormat, komunikasi dan interaksi; bagaimana seseorang itu berhubungan dengan yang lain. Etika Kerja menjelaskan banyak perkara tentang seseorang dan bagaimana sifat dan karakternya seperti kejujuran dan amanah. Secara amnya, Etika Kerja boleh diertikan sebagai apa yang seseorang buat atau akan lakukan didalam situasi tertentu. Persoalan yang timbul dalam suatu situasi  melibatkan apa yang dikatakan benar dan boleh diterima serta terbuka, berlawanan dengan apa yang dikatakan salah, tipu helah dan rasuah.

Beberapa ketika dahulu, terdapat  syarikat dimana etika kerja – jujur, integrasi dan tanggungjawab – agak kabur dan mempunyai kesan negatif kepada orang lain. Ini menyebabkan manusia melihat cara lain bila manusia melakukan sesuatu atau berfikir ianya tidak menjadi masalah.

Etika Kerja, seperti jujur ( tidak menipu, berbohong dan mencuri ), melakukan kerja dengan amanah,menilai seorang dengan adil, mempunyai matlamat dan merasai diri adalah sebahagian daripada visi yang besar atau pelan yang jelas. Secara falsafahnya, jika seseorang tidak mempunyai etika kerja yang baik, persepsi seseorang itu mungkin diragui. Manusia yang mempunyai etika kerja yang baik: kita bukan sahaja mahukannya tetapi berminat untuk menyuruhnya melakukan kerja dengan lebih baik lagi.

Etika Kerja adalah satu  set nilai berdasarkan kepada  bayangan moral kerja kuat dan rajin. Ia juga dipercayai dapat memberi manafaat dari segi moral dan mampu membentuk sikap yang baik.  Etika kerja termasuk tahan lasak, mempunyai inisiatif dan mengekalkan kemahiran sosial.

Pekerja yang menunjukkan etika kerja yang baik secara teorinya ( dan amalannya ) akan terpilih untuk jawatan yang lebih baik, lebih tanggungjawab dan mudah mendapat kenaikan pangkat. Pekerja  yang gagal  menunjukkan etika kerja yang baik akan disifatkan sebagai tidak menguntungkan berbanding dengan gaji yang dibayar oleh majikan dan tidak layak untuk mendapat kenaikan pangkat atau diberikan jawatan yang berkedudukan baik dalam organisasi.

Konsep satu pusat yang membentuk asas kepada toeri ekonomi konservatif barat telah mewujudkan pekarja yang kuat kerja dan mematuhi peraturan akan diberi ganjaran ( selalunya ) yang lebih baik serta cepat dinaikkan pangkat, dan pekerja yang sebaliknya hanya mendapat sedikit habuan sebagaimana yang mereka usahakan.

Etika telah didefinisikan sebagai satu koleksi nilai dan sikap dimana manusia istilahkan sebagai moral. Dalam perkataan lain, etika adalah nama yang kita bagi kepada nilai kita atau sikap yang baik. Jadi etika kerja positif adalah koleksi semua nilai dan tindakan yang sepatutnya diamalkan di tempat kerja.

Moral adalah berkaitan dengan perbuatan benar atau salah. Nilai pula adalah kepercayaan yang dianggap penting oleh seseorang. Sikap atau tindakan yang kita lakukan biasa mencerminkan nilai-nilai yang ada pada diri kita. Tenaga kerja hari ini memerlukan masa dan tenaga yang banyak dengan persaingan yang sengit.  Tenaga kerja hari ini sangat mencabat dan bersaing. Seseorang pekerja tidak cukup sekiranya hanya mempunyai kemahiran teknikal tetapi menstilah juga menunjukkkan sikap positif dan berkerjasama. Jabatan Pembangunan Kemahiran bertanggungjawab untuk membentuk pelatih dengan kemahrian teknikal dan perniagaan dan juga kemahiran interpersonal  untuk memenuhi keperluan pekerjaan hari ini.

Pengetahuan etika kerja adalah penting kepada pelatih : ~

  • Pelatih yang memulakan kerjayanya dengan kemahiran etika kerja yang positif akan dapat mempertingkatkan lagi nilai dirinya sebagai seorang pekerja.
  • Tenaga pengajar akan dapat melahirkan pelatih yang lebih bermotivasi dan tekun
  • Majikan memperolehi pekerja yang mempunyai sikap kerja yang diingini.

2.   SEPULUH (10) CIRI ETIKA KERJA

Pemimpin industri dan perniagaan telah mengenalpasti sifat kerja yang perlu diajar oleh pusat latihan kepada pelatih dan pelatih perlu mengamalkannya untuk menjadi seorang pekerja yang berdaya maju dan efektif.

Di bawah ini disenaraikan sepuluh sifat asas dalam Etika Kerja : ~

a.   Kehadiran

Hadir kerja, tiba/balik pada masanya, memaklumkan majikan terlebih dahulu ketidakhadiran dan membuat tugasan menepati masa yang telah ditetapkan.

b.   Sifat

Menunjukkan sikap jujur, setia, boleh dipercayai, boleh berdikari, berinisiatif, berdisiplin dan bertanggungjawab

c.   Kerja berpasukan

Mampu bekerja dalam pasukan, bekerjasama, menunjukkan sikap baik pada pelanggan, cenderung untuk menambah ilmu pada setiap masa, dan beradat / sopan.

d.   Penampilan

Berpakaian yang sesuai, kemas,  bersih dan etiket

e.   Sikap

Menunjukkan  sikap positif, keyakinan diri dan mempunyai tanggapan diri yang realistik

f.    Produktiviti

Akur dengan amalan keselamatan, menjaga bahan / peralatan, menjaga tempat kerja supaya sentiasa kemas dan  bersih, mengikut arahan dan prosedur.


g.   Kemahiran Organisasi

Kemahiran di dalam pengurusan personel, pengurusan masa, keutamaan kerja, fleksibiliti, pengurusan tekanan dan bersedia untuk berubah


h.   Komunikasi

Mempamerkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan

i.    Kerjasama

Mempamerkan kepimpinan, mengendalikan krisis dan aduan dengan berkesan, berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah, menjaga hubungan di antara penyelia dan pekerja bawahannya dan mengikut aliran carta organisasi.

j.    Rasa Hormat

Menghormati kepada hak orang lain, berurusan dengan baik tanpa mengira perbezaan budaya / kaum dan  tidak terlibat dengan sebarang bentuk kekerasan.


3.   NILAI TERAS ETIKA KERJA

Menyemai nilai-nilai yang baik adalah penting kepada setiap individu untuk mendapatkan kualiti hidup yang tinggi, kerjaya yang cemerlang dan warga negara yang baik. Ianya juga penting bagi organisasi untuk menyerap nilai-nilai teras bagi menghasilkan kod tatalaku atau sikap piawai yang diharapkan daripada seseorang pekerja. Nilai-nilai ini memupuk dan membentuk sikap  seseorang individu  dengan adap sopan yang sepatutnya.

a.   Kejujuran

Berlaku jujur dan tidak tidak khianat atau berpura-pura sebagimana pepatah “ Tiada tukarganti untuk kejujuran”

b.   Hormat

Menunjukkan rasa hormat pada seseorang dan bertimbangrasa.

c.   Simpati

Memahami perasaan orang lain dan mengenalpasti kesan daripada tindakan yang dilakukan ke atas orang lain.

d.   Berlaku adil

Mengamalkan tindakan yang saksama pada semua orang




e.   Bertanggungjawab

Setiap orang bertanggungjawab ke atas tindakan dan sikap sendiri, tugasan yang diberi, kerja dan fungsi-fungsinya sebagai seorang pekerja.  Sikap bertanggungjawab juga bermakna mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap sebarang salah laku dan tidak bertoleransi dengan sesiapa yang tidak jujur, terlibat dengan salah laku atau bersikap yang tidak wajar.


4.  FAEDAH ETIKA KERJA

Etika kerja dapat mencapai matlamat berikut : ~

i.    menolong pelatih memasuki pasaran kerja dengan kemahiran etika kerja yang positif untuk menjadikan mereka lebih diterima dan berguna.
ii.    Menolong majikan mendapat pekerja-pekerja dengan sikap kerja yang diingini.

Syarikat perniagaan dan perkilangan yang mengambil graduan dengan etika kerja yang baik akan lebih produktif dan mampu memberi persaingan global, hasil daripada latihan kemahiran yang berkualiti.


5.   PIAWAIAN KUALITI DAN PERATURAN

Dalam mengekalkan sikap dan etika kerja profesioanal, pekerja tidak semestinya hanya melaksanakan etika kerja dan nilai moral, mereka juga mesti melaksanakan kerja mengikut peraturan dan piawan kualiti yang telah ditetapkan.

Kepiawaian dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang pekerja mestilah berdasarkan persekitaran kerja mereka. Sebagai contoh : ~

i.    Akta 514 (1994)-Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerja

Satu akta yang menyediakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja bagi mencegah berlakunya risiko kepada kesihatan atau keselamatan berhubung dengan aktiviti manusia di tempat kerja.

ii.    Akta 139 (1967) - Akta Mesin dan Jentera 1967

Satu akta yang menyediakan kawalan terhadap syarikat berhubung dengan keselamatan, kesihatan, kebajikan dan pemeriksaan mesin dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

1 ulasan: