Sabtu, 27 November 2010

Simbol-Simbol Keselamatan Di Makmal Komputer

Amaran Kejutan Elektrik / Litar Pintas

·         Peringatan risiko berlakunya kejutan elektrik dan litar pintas sistem unit serta perkakas komputer yang lain.

·         Jauhkan perkakas komputer daripada penyaman udara untuk mengelakkan titisan air penyaman udara terkena peralatan komputer yang boleh mengakibatkan kejutan elektrik dan litar pintas, yang boleh merosakkan komputer dan boleh mendatangkan bahaya. Elakkan perkakas komputer daripada terkena cecair (terutamanya air).





Tanda Peringatan Utamakan Keselamatan

·         Sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri sewaktu berada dimakmal komputer.

·         Terutamanya ketika kerja-kerja membaiki dan membaik pulih komputer.

·         Mengutamakan keselamatan diri dapat mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan, mahupun kehilangan nyawa.

Terdapat perkakas dan peralatan yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya tidak mementingkan keselamatan. 






Amaran Larangan Merokok

·         Tidak dibenarkan merokok didalam makmal komputer.

·         Mengelakkan pencemaran udara yang boleh menyebabkan sesak nafas dan sebagainya.

·         Api dan punting rokok boleh menyebabkan risiko berlakunya kebakaran makmal komputer.

·         Debu abu rokok boleh memasuki unit sistem yang boleh merosakkannya dan menyebabkan litar elektronik berkarat.






Dilarang Berlari, Berkejaran dan Bergurau Senda

·         Mengelakkan daripada terjatuh, terseliuh, tersadung, dan sebagainya, yang boleh menyebabkan kecederaan.

·         Bagi mengelakkan kerosakan dan litar pintas akibat terpaut kabel komponen dan peralatan komputer.

·         Mengelakkan kerosakan kabel system rangkaian komputer yang menghubungkan semua unit sistem didalam makmal komputer.

·         Mengelakkan monitor atau system unit terjatuh atau beralaih tempat kedudukan asalnya yang boleh merosakkan komputer tersebut seperti skrin monitor retak atau pecah, pemacu keras rosak akibat gegaran, dan sebagainya.




Dilarang Membuang Sampah Merata-rata

·         Dilarang membuang sampah merata-rata untuk menjaga kebersihan makmal komputer.

·         Mengelakkan habuk dan kotoran dari sampah memasuki system unit yang boleh menarik perhatian serangga seperti semut dan cicak, boleh merosakkan peralatan dan komponen komputer.

·         Mengelakkan bau busuk dan tidak menyenangkan didalam makmal komputer.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan