Bahan-bahan yang diperlukan untuk pembersihan monitor :
1. Kain lembut/tiras.
2. Screen Cleaner Spray (penyembur pembersih skrin).
3. Compressed air and/or anti-static computer vacuum (udara mampat dan/atau anti statik vakum komputer).
4. Bahan pencuci lembut atau penyembur.
5. Berus halus.
CARA KERJA | LANGKAH KERJA |
LANGKAH PERTAMA · Cabut plug kabel bekalan kuasa pada bahagian belakang monitor dan biarkan ia sejuk, lebih kurang 20 minit. LANGKAH KEDUA · Vakum atau sapu permukaan luar monitor, terutamanya ruang penyejuk, liang atau slot pengaliran udara diatas permukaan dimana habuk atau debu terkumpul disitu. · Jika tidak mempunyai vakum, anda boleh sapu dengan berus atau meniupnya jauh dari liang atau ruang penyejukan dan pengaliran udara untuk mengelakkan habuk dan debu kotoran daripada jatuh dan memasuki kedalam monitor. | |
LANGKAH KETIGA · Dengan perlahan, sapukan permukaan monitor dengan kain lembut beserta bahan pencuci lembut dan kesat permukaan plastik monitor. LANGKAH KEEMPAT · Bersihkan juga kabel monitor. Dengan perlahan gunakan kain lembut berserta bahan pencuci lembut, kemudian kesatkan kabel tersebut. Jangan terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan kabel. Setelah itu, keringkan kabel dengan kain kering. |
CARA KERJA | LANGKAH KERJA |
LANGKAH KELIMA · Semburkan bahan pencuci lembut keatas kain lembut. · Anda boleh juga menggunakan Screen Cleaner Spray dan semburkan pada permukaan skrin dari jarak tidak terlalu dekat. · Awas! Jangan semburkan terus ke permukaan skrin untuk mengelakkan kerosakan skrin. | |
LANGKAH KETIGA · Dengan perlahan-lahan, sapu permukaan skrin denga berhati-hati. · Lakukan dengan lembut. · Jangan sapu terlalu kuat supaya tidak merosakkan skrin dan mencalarkannya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan