Sebagai seorang Pembantu Juruteknik Sistem Komputer, kita perlulah mengenalpasti setiap komponen yang haus, lusuh, dan rosak (Identify Worn-Out & Faulty Parts), penanggalan komponen yang lusuh dan rosak (Remove Worn-Out & Faulty Parts), melakukan penggantian komponen yang lusuh dan rosak (Install / Assemble New Parts) dan melakukan pengujian ke atas komponen yang baru (Test New Parts).
Di dalam modul 5 ini yang bertajuk Replace Of Computer Parts ini merupakan modul kesinambungan daripada modul 2, iaitu Pc Assemble & Upgrading. Modul ini menerangkan secara terperinci bagaimana untuk melakukan penggantian komponen-komponen komputer berdasarkan dua task yang kita telah pelajari iaitu ‘Carry Out Installation Parts’ iaitu penggantian komponen yang telah lama dan lusuh, dan juga ‘Replace Computer Faulty’, merupakan penggantian bagi komponen yang telah rosak dan punah.
Antara langkah-langkah dan prosedur dalam melakukan tugasan ini adalah seperti (Identified Worn-Out Or Faulty Parts, Remove Worn-Out / Faulty Parts, Install New Parts, Test New Parts, and Report Replacements Parts). Kita hendaklah mengenalpasti masalah, meleraikan dan menyisihkan komponen lusuh dan rosak, installasi komponen baru, melakukan pengujian, dan juga membuat laporan setelah proses dan gerak kerja selesai.
Tujuan utama gerak kerja ini dilakukan adalah untuk proses menukar komponen-komponen yang telah lama dan lusuh kepada yang baru, terutamanya peralatan dan komponen yang rosak. Seperti yang telah kita pelajari pada modul yang terdahulu, penyelenggaraan terbahagi kepada dua iaitu ‘Preventive Maintenance’, iaitu penyelenggaran proaktif yang dilakukan sebelum berlakunya kerosakan pada sesuatu komponen atau peralatan manakala ‘Corrective Maintenance’ iaitu penyelenggaraan proaktif yang dilakukan setelah berlakunya kerosakan pada komponen dan peralatan komputer. Kita boleh mengenalpasti masalah dan sebarang kerosakan ketika melakukan penyelenggaraan kepada komputer kita.
Selain melakukan penggantian komponen yang lama dan rosak, penggantian komponen komputer juga bertujuan untuk proses naik taraf (Upgrade / Update) kepada versi yang terbaru. Upgrade dilakukan untuk meningkatkan prestasi, keupayaan, kebolehan, kepercayaan, kelancaran dan kestabilan sistem komputer mengikut keperluan dan spesifikasi yang diperlukan oleh komponen komputer itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan