Ahad, 28 November 2010

Komponen Asas Komputer


Komponen
Penerangan
CPU / Processer
(Central Processing Unit)
-     komponen utama ini berfungsi sebagai otak sistem
komputer. Fungsinya ialah memproses arahan dan data.
-     pilih Intel Celeron atau AMD Athlon jika memerlukakn sistem asas
-     pilih Intel Core 2 Duo atau AMD Phenom jika memerlukan kuasa pemprosesan yang lenih tinggi
-     pastikan CPU dan papan induk yang dibeli adalah serasi. Komponen wajib
Papan induk (motherboard)
-     papan litar elektronik utama dalam sistem komputer
-     pilih papan induk jenis ATX
-     papan induk terbina dalam kad bunyi dan
kad video yang diintegrasikan.
-   memerlukan sekurang-kurangnya satu slot PCI-E / AGP dan tiga slot PCI.
-   Komponen wajib
RAM (Memory)
-    RAM (Memory) digunakan untuk menyimpan arahan dan data yang diproses oleh komputer
-     Arahan dan data yang disimpan akan hilang apabila komputer dimatikan
-       pilih jenis DDR2 dengan kapasiti sekurang- kurangnya 512MB – 1 GB . Komponen wajib
Monitor (monitor)

-     memaparkan output komputer
-     pilih jenis SVGA (super VGA) dengan pepenjuru skrin monitor 17” panjang
-     terkini pilih LCD Monitor. Komponen wajib
Kad grafik (Graphic card)

-     merupakan orang tengah di antara papan induk dan
monitor
-    jenis AGP atau PCI-E dengan sekurang-kurangnya 128 MB ingatan.
-     komponen wajib. Tidak diperlukan jika papan induk mempunyai kad video yang diintegrasikan.
Pemacu cakera keras
(hard disk drive)

-     menyimpan perisian dan maklumat. Kandungan
pemacu tidak akan hilang walaupun komputer dimatikan.
-     pilih saiz sekurang-kurangnya 80 GB (Gigabait)
-     komponen wajib
Pemacu CD/DVD -ROM


-     untuk menggunakan CD/DVD-ROM yang boleh
menyimpan data (650 MB – 4.7 GB)
-     membolehkan anda memain CD muzik atau DVD
-     komponen wajib
Floppy Disk Drive

-     untuk menggunakan cakera liut yang boleh
menyimpan data sebanyak 1.44 MB
-     komponen wajib – era terkini USB Flash Drive
Papan Kekunci (Keyboard)

-     membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam komputer . Komponen wajib
Tetikus (Mouse)

-     memudahkan pelbagai operasi dalam Windows.
-     komponen wajib
Casing

-     kotak logam di mana Power Supply, Papan induk, RAM dan komponen lain dipasang.
-     Pilih casing jenis ATX.
-     Komponen wajib
Power Supply

-          Power Supply berfungsi mengalirkan elektrik ke setiap bahagian komputer agar dapat berjalan.
-          harus dipertimbangkan saat membeli sebuah Casing dan Power Supply yang diantaranya adalah sbb:
> jenis dari Power Supply (AT, ATX, BTX)
> jumlah watt Power Supply ( 350W, 450W)
Kad bunyi (sound card)

-          membolehkan pengguna memainkan kesan audio
dari perisian multimedia. Komponen wajib/pilihan
Pembesar suara (speaker)

-     membesarkan kesan audio yang dihasilkan oleh
komputer
-     komponen wajib/pilihan
Microphone

-     membolehkan pengguna merakamkan suara
-     komponen pilihan
Card Reader

-          untuk membaca memory card HP ataupun memory card lainnya seperti SD Card, Mini-SD, RS Card, MSD (Memory Stick Duo), dll
       Komponen pilihan
Web Camera

-      digunakan untuk berinteraksi secara langsung (menatap muka) pada waktu kita chatting/online dengan seseorang. Komponen pilihan 
Modem

-     membolehkan menyambungkan komputernya ke Internet.
-          Pilih jenis luaran (external modem).
-          Komponen wajib/pilihan
Era terkini = ADSL Broadband ( speed  384K – 4 M )
Kad rangkaian  (Network Card)

-     membolehkan komputer berkomunikasi dengan komputer lain melalui satu rangkaian komputer dan juga untuk kegunaan  internet
-     komponen pilihan sekiranya port network (internal) rosak.
UPS
(Uninterruptible Power Supply)

-          backup bekalan elektrik untuk komputer dan juga membantu menstabilkan bekalan elektrik  komputer
-          komponen pilihan







































1 ulasan:

  1. Kekemasan kerja ada...
    tp tgk pada keadaan tmpt mcm knl je,...

    dalam makmal komputer kolej tesdec kan

    BalasPadam