Memaparkan catatan dengan label Computer Software Installation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Computer Software Installation. Papar semua catatan

Isnin, 13 Disember 2010

Kesimpulan Computer Software Installation

Sebagai seorang pembantu juruteknik sistem komputer yang terampil cemerlang, kita hendaklah mahir dalam melakukan gerak kerja dan langkah-langkah kerja seperti yang kita telah pelajari dalam modul ini. Ini adalah sangat penting dan merupakan kemahiran asas dalam bidang sistem computer. Dengan kemahiran yang tinggi dan berterusan, kita dapat menyelesaikan masalah berkaitan dalam installasi perisian komputer.
Banyak manfaat dan kebaikan sekiranya kita mengetahui dan mahir dalam installasi perisian komputer ini. Selain dapat mengenalpasti masalah, kita dapat menyelesaikan dan membaikinya sendiri. Kos yang diperlukan untuk format contohnya, adalah agak mahal. Jadi, ia merupakan satu kerugian jika kita tidak tahu dan mahir. Kita terpaksa menghantar komputer ke kedai servis komputer atau meminta bantuan yang mahir untuk melakukannya. Sekiranya kita mahir pula, kita dapat membantu pengguna lain, dan boleh juga menjana pendapatan dengan menyediakan servis format komputer.
Oleh itu, sebagai pembantu juruteknik sistem komputer kita hendaklah sentiasa melakukan latihan yang berterusan untuk memastikan kita betul-betul mahir seiring dengan kepesatan dan perkembangan teknologi komputer yang semakin hari semakin canggih dan mencabar.


Langkah-Langkah Kerja Microsoft Office 2007 Installation

Install Microsoft Office 2007

1. Masukkan Kunci Produk. Masukkan 25 digit Produk-Key tersebut. Jika anda telah memasukkannya dengan betul anda akan melihat tanda hijau muncul.


2. Bagi anda untuk dapat memasang Microsoft Office 2007 anda mesti membaca dan menerima syarat-syarat perjanjian. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat, kemudian klik kotak di sebelah ‘saya menerima keperluan perjanjian ini’  dan kemudian klik untuk  teruskan. Jika anda tidak bersetuju dengan syarat-syarat perjanjian ini maka anda tidak dapat menginstall  Microsoft Office 2007.




3.Klik Install Sekarang untuk cara pantas dan mudah untuk menginstall  Microsoft Office 2007.



4.        Microsoft Office 2007 sekarang akan mula diinstallasi dan ini tidak memakan masa terlalu lama.


 
5.    Microsoft Office 2007 seharusnya sudah berjaya diinstall. 


6 .   Jika anda mahu mengakses, kemas kini produk percuma, bantuan dan perkhidmatan dalam talian, klik ‘Buka Office Online’. Atau klik Close dan anda kemudian boleh mula menggunakan Microsoft Office 2007. Bagi anda untuk boleh menggunakan Microsoft Office 2007, anda akan diminta untuk mengaktifkan produk anda, lihat ‘Pengaktifan Produk’ di bawah tentang cara untuk proses tersebut.  




 

Langkah-Langkah Format Hard Disk

Format Hard Disk


Mengapa Perlu Format Komputer?
Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:
  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat supaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.


2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”.  Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini) 


3.“Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.



 
4.Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2, atau ikuti langkah ini.

5.         “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.




6. Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.



7.     Sekiranya hard disk anda:
    1. masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
    2. tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
8. Buat satu partition dengan menekan butang C.


 
9. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.


 
10. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.









10. Tekan butang C untuk setuju.



11. Tekan butang C untuk setuju.


 


12.     Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.

13. Tekan butang F untuk format Hard Disk.


14. Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.