Selasa, 30 November 2010

Langkah-Langkah Kerja Pembersihan Mouse

Tetikus merupakan komponen yang perlu juga dibersihkan. Habuk, debu, serdak makanan, abu rokok, adalah diantara partikel-partikel yang mudah memasuki ruang bebola bawah tetikus. Ini kerana setiap kali mouse diseret pada permukaan mouse pad, kotoran itu tadi akan melekat pada bebola dan juga bahagian bawah tetikus, seterusnya memasuki kebahagian dalamnya. Sekiranya ini berlaku, maka pergerakan arah x dan y akan terganggu dan kesannya pergerakan cursor pada skrin monitor akan turut terganggu seperti terlekat-lekat. Masalah ini boleh dielakkan dengan membersihkan bebola dan bahagian dalam tetikus.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk pembersihan tetikus :
1. Kain lembut/tiras.
2. Putik kapas lembap.
3. Tin/penyembur udara mampat.
4. Isopropyl alcohol.
5. Vakum.


CARA KERJA
LANGKAH KERJA

LANGKAH PERTAMA
·         Cabut kabel tetikus daripada sistem unit dengan berhati-hati.
·         Dengan perlahan-lahan, gunakan kain lembut bersama isopropyl alcohol dan sapu pada permukaan tetikus untuk membersihkannya.






LANGKAH KEDUA
·         Buka penutup bebola tetikus dengan memutarkan penutup itu dengan betul.
·         Keluarkan bebola itu daripada badan tetikus.



CARA KERJA
LANGKAH KERJA

LANGKAH KETIGA
·         Gunakan vakum atau tin penyembur udara mampat untuk membersihkan ruang dan liang bebola tetikus.



LANGKAH KEEMPAT
·         Gunakan putik kapas lembab dan cuci sensor atau titik sesentuh x dan y dalam liang bebola tetikus.
·         Lakukan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kerosakan padanya.
















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan