Pemilihan sesebuah komputer atau PC adalah bergantung kepada tujuan penggunaannya. Setiap orang mempunyai pelbagai tujuan berlainan sama ada untuk tujuan asas seperti kerja-kerja pejabat sehinggalah yang melibatkan pembikinan grafik dan multimedia.
Jika menggunakan komputer hanya untuk tujuan asas seperti menaip surat, tugasan sekolah, kerja pejabat, membuat slide show dan sebagainya, anda hanya memerlukan spesifikasi komputer yang sederhana.
Jika menggunakan komputer untuk tujuan membuat grafik, multimedia atau bermain permainan komputer 3D, anda memelukan perkakasan komputer yang berspesifikasi tinggi dan menyokong perisian atau permainan tersebut.
Kelebihan Memasang Komputer Sendiri
• Pengetahuan anda terhadap komputer semakin bertambah sama ada dari segi perkakasan (Hardware) atau perisian (Software).
• Keyakinan anda meningkat untuk menghadapi sebarang masalah yang akan timbul terhadap komputer anda seterusnya boleh menyelesaikan masalah yang timbul.
• Kos yang anda tanggung lebih rendah berbanding anda membeli komputer yang telah siap dipasang atau menyuruh orang lain memasangnya untuk anda.
• Pengetahuan yang anda miliki ini boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan sampingan atau separuh masa atau sepenuh masa.
• Mengelakkan anda ditipu tentang harga memasang, baik pulih komputer & memasang perisian yang sebenarnya amat mudah untuk dilakukan.
• Dapat mengetahui ragam dan masalah yang biasa timbul atau akan timbul terhadap komputer anda dan dapat menyelesaikannya dengan mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan