Selasa, 30 November 2010

Pengenalan Hardware Maintenance

Dalam modul ini kita akan mempelajari tentang penyelenggaraan dan penjagaan komputer. Tetapi dalam modul ini ia lebih tertumpu kepada ‘hardware’, iaitu peranti, perkakas komputer yang dapat dilihat dan disentuh termasuklah pada bahagian luaran dan juga dalaman.

Penjagaan sistem komputer terdiri daripada dua bahagian iaitu Preventive Maintenance, iaitu (penjagaan proaktif sebelum) dan juga Corrective Maintenance iaitu (penjagaan proaktif pembetulan) yang dilakukan ke atas perkakasan komputer.

Kaedah penyeliaan dan penjagaan komputer ini termasuklah ‘cleaning’ (pembersihan) dan ‘testing’ (pengujian) yang sistematik dan berjadual supaya memastikan komputer kita sentiasa dalam keadaan baik dan memanjangkan jangkahayat komputer kita. Ini penting kerana kita dapat mengurangkan kos yang mungkin berisiko tinggi sekiranya berlaku kerosakan komponen komputer. Sebelum kerosakan komputer berlaku, langkah-langkah penjagaan dan pembersihan dapat mengelakkan berlakunya kerosakan.

Jadi, untuk mengelakkan berlakunya kerosakan, langkah-langkah awal perlu dilakukan sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan. Ini kerana banyak faktor yang menyumbang kepada kerosakan seperti masalah habuk, suhu, virus, mahupun sikap dan cara kita mengguna dan mengendalikan komputer itu sendiri.

Untuk langkah-langkah pembersihan, persediaan ini amat penting untuk memastikan perkakasan atau komponen komputer sentiasa dalam keadaan baik. Contohnya terdapat perkakasan komputer sangat sensitif kepada debu dan habuk. Jika dibiarkan, ia akan mengakibatkan komponen berkarat dan lebih memudaratkan lagi, komputer akan cepat menjadi panas, lalu terjadinya litar pintas, dan ada sesetengah kes yang berbahaya yang mengakibatkan kebakaran yang tidak dijangka.

Oleh itu, untuk memastikan komputer kita sentiasa dalam keadaan baik dan untuk penggunaan jangka masa panjang, kita hendaklah menyelenggara dan membersihkan komputer dan komponen-komponen yang lain secara sistematik dan berjadual supaya dapat mengelakkan sebarang risiko kerosakan dan juga untuk keselamatan kita sebagai pengguna.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan