Isnin, 26 September 2011

Rumusan Asset Management


Dalam modul Asset Management atau pengurusan aset ini, dapat saya memahami dan merumuskan bagaimana sesuatu aset itu diuruskan, termasuklah bagaimana proses pembelian itu dijalankan. Ini adalah penting bagi sesebuah syarikat mahupun organisasi untuk melakukan pembelian dan jualan. Secara tidak langsung, dapat melatih kecekapan pelatih untuk menguruskan urusan pembelian peralatan dan urusan pembelian yang melibatkan kos yang sangat tinggi.
Aset itu sendiri membawa maksud pemilikan sesuatu yang berharga, yang diperolehi bagi tujuan memegang atau menggunakannya dalam sesuatu tempoh atau sepanjang masa dalam menguruskan sesuatu institusi.  Ini menunjukkan aset merupakan sesuatu yang sangat bernilai dan penting bagi semua pihak. Untuk menguruskan sebarang urusan berkaitan dengan pengurusan aset perlu mempunyai integriti yang tinggi, cekap, amanah, jujur dan bertanggungjawab. Ini bagi mengelakkan sebarang penyelewengan yang boleh mencemarkan nama baik sesuatu syarikat mahupun organisasi.
Bertepatan dengan saranan kerajaan untuk mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju yang pesat membangun perlu dititikberatkan aspek integriti supaya pertumbuhan ekonomi membangun dengan cemerlang, gemilang, dan terbilang bersama konsep 1Malaysia yang dilaungkan kerajaan.
Pada pendapat saya, penguasaan yang baik seseorang pelatih didalam bidang pengurusan aset ini merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat, bukan sahaja pada masa sekarang, tetapi sangat berguna apabila menempuh bidang pekerjaan nanti. Prospek kerja bukan hanya tertumpu kepada pengkhususan kerja sahaja, tetapi melibatkan aspek-aspek lain juga, termasuklah pengurusan.
Seperti kata pensyarah kita, kita sangat beruntung mempelajari modul ini sepanjang pengajian kita pada tahap 3 ini kerana banyak yang telah kita pelajari dan didedahkan berkaitan pengurusan ini, berbanding jurusan-jurusan lain. Latihan demi latihan akan lebih memantapkan pengetahuan dan kemahiran kita untuk jangka masa yang panjang.


1 ulasan:

  1. Best bets for soccer today - Sports Toto
    Today, communitykhabar we're going to tell 토토 사이트 추천 you a few https://access777.com/ key to checking into soccer betting apps. of the most wooricasinos.info popular soccer betting options and which casino-roll.com ones will

    BalasPadam