Isnin, 26 September 2011

Rumusan Staff Development


Dalam modul ini, dapat kita rumuskan bahawa pengurusan kakitangan adalah satu proses yang penting didalam sesebuah organisasi dan syarikat. Biasanya pengurusan melibatkan kakitangan ini diuruskan oleh Jabatan Sumber Manusia (Human Resource Department) organisasi dan syarikat tersebut. Jabatan ini bertanggungjawab untuk menguruskan berkaitan pekerjaan kakitangan seperti perlantikan baru, latihan kakitangan, dan penilaian prestasi kakitangan.
Seperti yang kita sedia maklum, untuk meningkatkan kecekapan kakitangan, mereka akan dinilai melalui penilaian prestasi kerja dan mereka perlu menjalani training atau latihan seperti kursus, seminar, latihan industry, pameran, bengkel, dan lain-lain lagi berdasarkan keputusan dan keperluan berkaitan dengan pekerjaan mereka. Ini membolehkan kakitangan sentiasa peka dan melakukan kerja dengan lebih cemerlang.
Selain daripada itu, dalam modul ini juga kita telah mempelajari topic pengucapan awam (public speaking). Pengucapan awam bermaksud bercakap didepan lebih daripada satu orang (audience). Proses ini melibatkan dua pihak iaitu pengucap (speaker) dan listener (pendengar). Pengucapan awam melatih kita untuk lebih berkeyakinan, dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik, dan dapat melakukan penyampaian dengan berkesan. Secara tidak langsung, pengucapan awam ini dapat melatih kita berkomuikasi didepan orang ramai dan memberi banyak manfaat apabila menempuh bidang pekerjaan nanti.
Akhir sekali, kita juga mempelajari tentang keperluan memantau kekemasan kawasan kerja. Gerak kerja ini telah dipraktikkan didalam makmal kita. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan organisasi dan syarikat menggunakan konsep 5S yang merupakan system dan budaya kerja orang Jepun iaitu Seiri (sisih), Seiton (susun), Seiso (sapu), Seiketsu (seragam), dan Shitsuke (sentiasa amal). Konsep ini memberi banyak manfaat dan kebaikannya. Selain suasana dan persekitaran kerja yang bersih, ia juga dapat memberi keyakinan, motivasi, dan seterusnya meningkatkan kecekapan prestasi yang cemerlang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan