Isnin, 26 September 2011

Kesimpulan Contingency Measures


Kesimpulan yang saya dapat rumuskan melalui gerak kerja yang dilakukan adalah melakukan langkah-langkah keselamatan dan persediaan menghadapi sebarang risiko berlakunya bencana adalah sangat-sangat penting. Ini kerana kita dapat menjangka sekiranya berlakunya sebarang ancaman kepada komputer kita. Jika dibandingkan dengan negara-negara luar, negara kita sangat bertuah dan bernasib baik kerana kurang berlakunya bencana-bencana alam semulajadi. Bersyukur kita kerana dapat hidup dinegara yang aman, selamat, dan kurang risiko berlakunya bencana.
Cuba kita lihat dinegara-negara yang sering dilanda bencana alam. Banyak berlakunya kematian, kecederaan, kehilangan harta benda, dan kemusnahan dan sebagainya. Pada pendapat saya, walaupun negara kita tidak banyak berlakunya bencana alam, risiko-risiko lain perlu diambil kira seperti berlakunya jenayah, kecurian, vandalisme, dan perkara-perkara lain yang juga memberi risiko dan ancaman terhadap keselamatan data maklumat kita.
Dewasa ini, dengan kemajuan dan kepesatan sistem maklumat serta teknologi maklumat, telah banyak wujudnya malware dan virus yang berniat jahat untuk merosakkan sistem maklumat orang lain. Contonhnya mencuri data dan maklumat orang lain dengan menghantar Spyware, memecah masuk kata laluan, dan menghantar virus melalui laman sosial, dan sebagainya. Sekiranya kita tidak berjaga-jaga dan tidak mengambil langkah keselamatan, kita sangat berpotensi untuk menerima ancaman-ancaman sebegini.
Dengan melakukan gerak kerja dan langkah-langkah untuk backup dan membuat salinan pendua pada data, kita dapat berjaga-jaga dan melakukan persediaan awal sebelum berkemungkinan berlakunya kerosakan, kehilangan data, diserang malware atau virus, dan sebagainya.  Langkah-langkah gerak kerja yang telah kita pelajari ini memberi kita banyak manfaat dan dapat menyelesaikan masalah melibatkan ancaman luar jangka berkaitan dengan sistem maklumat data pada komputer.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan