Isnin, 26 September 2011

Pendahuluan dan Definisi Staff Development


Dalam modul kedua iaitu Staff Development, kita telah mempelajari tentang pembangunan staf kakitangan didalam sesebuah organisasi atau syarikat. Diantara gerak kerja yang dilakukan adalah mengatur kecekapan peningkatan, menyediakan jadual kerja, menjalankan penilaian staf, memantau disiplin kakitangan, dan memantau kawasan kerja.
Seperti yang kita sedia maklum, Competency (kecekapan) merangkumi tiga aspek iaitu attitude (sikap), skills (kemahiran), dan knowledge (pengetahuan). Kecekapan didalam sesebuah organisasi mahupun syarikat adalah bertujuan sebagai proses peningkatan kearah yang lebih baik, penambahan kecekapan yang boleh digunakan untuk peningkatan, keefisyenan, penambahbaikan prestasi dan dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap.
Penjadualan kerja pula merupakan proses penjadualan yang dilakukan secara sistematik, terancang, dan berjadual (latihan, program, aktiviti, dan keperluan pembelajaran) untuk menyediakan peluang kepada staf untuk meningkatkan dan juga menambahbaik dari segi pengetahuan, kemahiran, kebolehan, dan sikap. Juga untuk memaksimakan potensi staf dan meningkatkan kualiti dan produktiviti serta membolehkannya menjadi sesuatu yang sangat bernilai kepada sesuatu organisasi.
Disamping itu, proses penilaian staf merupakan kaedah penilaian untuk mendapatkan penilaian keberkesanan kerja pekerja berdasarkan objektif dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Sistem penilaian prestasi ini bertujuan untuk mencapai hasil produktiviti yang lebih tinggi dengan menggariskan cara pekerja-pekerja bekerja memenuhi keperluan pekerjaan.
Pemantauan disiplin pekerja pula merujuk kepada arahan secara sistematik yang diberikan kepada pekerja yang dijalankan oleh majikan untuk mengelakkan kejatuhan standard yang dikehendaki dalam aspek yang berkaitan dengan pekerjaan mereka. Proses ini dapat mengelakkan berkaitan salah laku pekerja dan prestasi kerja yang lemah.
Akhir sekali kita telah mempelajari tentang pemantauan kekemasan kawasan kerja, merujuk kepada sistem 5S (sistem, metologi, budaya kerja orang Jepun) untuk tabiat kerja yang berkualiti tinggi dengan aspek persekitaran kerja yang bersih dan kemas untuk peningkatan kualiti dan produktiviti kerja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan