Selasa, 27 September 2011

Penyelesaian Masalah Dalam Pekerjaan



TAJUK              :  PENYELESAIAN MASALAH ( PROBLEM SOLVING)

OBJEKTIF         : 

Objektif topik ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelatih berkaitan dengan kaedah penyelesaian masalah.


1.  PENYELESAIAN MASALAH

Penyelesaian masalah merupakan sebahagian daripada pemikiran. Ia merupakan salah satu cabang intelek yang paling kompleks. Penyelasaian masalah boleh di definasikan sebagai satu proses yang memerlukan penyesuaian dan kawalan yang lebih rutin atau kemahiran yang asas. Ia merupakan sebahagian daripada proses termasuk keputusan kepada masalah dan pembetukan masalah.


2.  CIRI – CIRI MASALAH YANG SUKAR

Seperti yang dinyatakan oleh Dietrich Dorner yang kemudiannya di perjelaskan pula oleh Joachim Funke, masalah yang sukar mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh diringkaskan seperti berikut : ~

2.1               Situasi Yang Kurang Jelas

a)  Permulaan
b)  Kesinambungan

2.2               Matlamat Yang Perbagai

a)  Tidak menunjukkan minat
b)  Penentangan

2.3               Kerumitan ( terlalu banyak persoalan, hubungan dan keputusan )

a)  Rangkaian /hubungan – hirarki, komunikasi, peruntukan
b)  Heteroginiti ( pelbagai-bagai )

2.4   Dinamik Masalah ( dengan mengambil kira faktor waktu )

a)  Halangan masa
b)  Sensitiviti masa
c)  Kesan yang berperingkat
d)  Perkembangan diluar jangkaan 








3.  TEKNIK-TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH

3.1   Senarai Teknik Asas

Diantara teknik-teknik tersebut adalah : ~

a)   Strategi Mendaki Bukit ( High- climbing strategy )

Cuba untuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan langkah demi langkah. Masalah dengan pendekatan ini adalah cabaran yang terlalu sengit mungkin menyebab anda tersasar jauh dari matlamat asal sebelum dapat melihat jalan penyelesaian yang dihajatkan.

b)   Analisa Matlamat Akhir ( means-end analysis )

 Pendekatan ini adalah lebih berkesan berbanding ’high climbing’. Ia memerlukan penetapan sub-matlamat daripada penetapan awal hingga masalah selesai.

c)   Bekerja Secara Mengundur ( working backward )

d)   Belajar Daripada Kesilapan

e)   Sumbangsaran ( brainstorming )

f)    Kekotak morfologikal ( morphological box  )

g)   Kaedah Objek Tumpuan ( method of focal objets )

h)   Pemikiran Lateral ( lateral thinking )

i)    Kajiselidik ( research )

Kaji apa yang pendapat orang lain ke atas masalah yang sama ( atau masalah yang berkaitan ). Mungkin jalan penyelesaiannya sudah ada.

j)    Tanggapan Terbalik ( assumption reversal )

Tulis semua tanggapan anda terhadap masalah tersebut, kemudian terbalikkan tanggapan tersebut.

k)    Analogi ( perbandingan )

Adakah terdapat masalah yang hampir serupa ( mungkin dalam bidang lain ) pernah diselesaikan sebelum ini ?

l)    Ujian Hipotesis ( hypothesis testing )

Andaikan beberapa jalan penyelesaian kepada masalah tersebut dan cuba buktikan bahawa andaian tersebut boleh menyelesaikan masalah berkenaan.


m)  Pemeriksaan Tekanan / Paksaan ( constraint examination )

Adakah anda merasai tekanan / paksaan yang sebenarnya tidak wujud ?

n)   Ambil Lebih Masa ( take more time )

Tekanan masa boleh menyebabkan seseorang berfikir dalam pusingan ( fikiran tidak dapat berfungsi dengan baik dan hanya tertumpu kepada jalan penyelesaian atau aspek tertentu sahaja )

o)   Inkubasi ( incubation )

Masukkan maklumat terperinci masalah tersebut ke dalam pemikiran anda dan kemudian berhenti daripada memfokus kepada masalah tersebut. Minda separa sedar anda akan berterusan memikirkan masalah tersebut, dan jalan penjyelesaiannya mungkin akan muncul sedang anda melakukan sesuatu perkara lain.

p)   Bina ( tulis ) satu atau lebih model abstrak masalah tersebut

q)   Cuba buktikan punca-punca

Kenapa masalah tersebut tidak dapat diselesaikan ?. Sekiranya terdapat mana-mana punca masalah yang boleh diuraikan,  mulakan langkah menyelesaikan masalah tersebut dari punca tersebut.

r)    Dapatkan pertolongan daripada rakan atau melalui saluran lain seperti internet.

s)   Analisa Punca Masalah ( root cause analysis )

t)    Terowong Angin ( wind tunnel )

Kaedah ini diperkenalkan oleh oleh Win Wenger berasaskan Kaedah Socratic dimana anda perlu merempuh segala halangan yang ada untuk mencapai satu pandangan baru bagi masalah anda.

Terdapat juga teknik-teknik lain yang dikenali sebagai teknik kreativiti. Teknik-teknik tersebut adalah sebagaimana berikut : ~

3.2   Teknik Cuba Jaya ( trial and error )

‘Cuba Jaya’  merupakan kaedah penyelesaian masalah untuk mencapai pengetahuan samada ‘propositional knowledge’ ( ilmu yang berkadaran) atau ‘know-how’ ( tahu bagaimana ).

Di dalam bidang sains komputer kaedah in dikenali sebagai ‘generate and test’ (hasil dan cuba).   Di dalam elemen algebra ia dikenali sebagai ‘guess and check’ (anggar dan periksa)

a)   Process ( proses )
           
Dalam ‘trial and error’ pilih satu jawapan yang paling berkemungkinan dan applikasikan dalam situasi. Sekiranya tidak berjaya, pilih lain-lain kemungkinan sehingga menemui penyelesaian yang betul. Proses             berakhir apabila menemui penyelesaian.

Dalam keadaan yang lain, pilihan perlulah kepada yang paling hampir, dan cubaan yang seterusnya adalah kepada kedua hampir dan pilihan seterusnya adalah sehingga penyelesaian diperolehi dan semua pilihan telah dicuba. Dalam keadaan lain pilihan adalah dipilih secara rambang.

b)   Metodologi

Kaedah ini adalah yang paling berjaya dengan masalah-masalah yang mudah            dan dalam permainan. Tetapi ini tidak bermakna, kaedah tersebut tidak diberi tumpuan. Bagi individu kaedah ini boleh digunakan untuk memanipulasikan beberapa usaha untuk mendapatkan penyelesaian. Ia juga sering digunakan bagi mereka yang kurang maklumat dalam situasi masalah tersebut.

 c)  Sumbangsaran

Ia adalah teknik berkumpulan secara kreatif yang direka untuk mendapatkan idea-idea bagi menyelesaikan masalah. Kaedah ini dicetuskan pada tahun 1963 melalui buku ‘Applied Imagination ‘- Alex Faickney Osborn, pegawai pengiklanan. Osborn telah mencadangkan agar kumpulan tersebut mengandakan kreativiti mereka dengan menggunakan kaedah sumbangsaran ( brainstorming ).

d)   Cara Pendekatan

Terdapat 4 peraturan asas dalam melaksanakan sumbangsaran idea. Ianya bagi mengurangkan sekatan sosial yang wujud dalam kumpulan. Jangkaan keputusan adalah untuk meningkatkan daya kreativiti kumpulan.

i)    Fokus kepada kuantiti

Peraturan ini bermaksud untuk meningkatkan perbezaan pengeluaran, tumpuan untuk memudahkan penyelesaian masalah melalui perumpamaan ‘quantity breeds quality’           ( kuantiti menghasilkan kualiti ). Dengan andaian bahawa lebih banyak idea yang dizahirkan maka lebih besar peluang untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik.

ii)    Tidak dibenarkan mengkritik

Ianya seringkali diberi penekanan dalam percambahan idea dalam           kumpulan. Setiap kritikal mesti di tangguhkan dahulu semasa perbincangan diadakan untuk menhasilkan seberapa banyak idea yang boleh. Kritikan boleh diterima selepas percambahan idea selesai. Dengan menyekat sebarang penilaian terhadap orang lain ia boleh menggalakkan suasana yang lebih bebas untuk menghasilkan idea-idea diluar kebiasaan.

iii)   Buah fikiran yang luar biasa dialu-alukan

Untuk mendapatkan idea-idea yang bagus dan banyak, idea-idea yang luar biasa adalah digalakkan. Ia memungkinkan mereka untuk melahirkan idea yang baru untuk menyelesaikan masalah. Idea-idea yang luar biasa boleh dihasilkan dengan melihat sesuatu dengan perspektif yang berbeza serta tidak hanya berdasarkan andaian semata-mata.
iv)   Gabung dan memperbaiki

Idea-idea yang bagus boleh digabungkan untuk menghasilkan yang         lebih baik seperti slogan ‘1+1 = 3’. Kaedah ini menghasilkan            keputusan yang lebih baik dan lengkap berbanding satu idea sahaja.

v)   Susun Masalah 

Salah satu perkara yang terpenting adalah dengan mengenalpasti idea. Masalah tersebut mestilah jelas tetapi tidak terlalu luas serta didefinisikan dengan soalan-soalan seperti ’apakah perkhidmatan telefon yang sangat perlu tetapi tidak disediakan?’.

Sekiranya masalah tersebut terlalu besar, pengurus syarikat perlu membahagikan masalah kepada komponen yang lebih kecil dan setiap satunya dengan soalan-soalan yang sesuai.

Ada juga masalah yang bersifat ‘multi-dimensional’ ( pelbagai - bagai dimensi )  dan non-quantified ( tidak dapat dikenal pasti )contonnya soalan seperti ‘Apakah aspek yang terlibat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya’? Penyelesaian bagi masalah ini boleh dibuat dengan analisa morfologikal.

3.3   Pemikiran Lateral

Pemikiran lateral merupakan terma oleh Edward de Bono seorang ahli psikologi Malta, ahli perubatan dan penulis muncul dengan bukunya            ‘The Use of Lateral Thinking, diterbitkan pada 1967. Beliau mendefinisikan pemikiran lateral sebagai sesuatu yang munasabah dan jelas tetapi tidak akan dicapai dengan hanya menggunakan cara-cara logik yang biasa/ tradisional. 

a)   Teknik-teknik pemikiran lateral

Teknik yang menggunakan pemikiran lateral mempunyai ciri-ciri perubahan cara berfikir daripada hanya ‘andaian’ kepada idea-idea baru dan berfikir diluar jangkaan.

b)   Pemikiran lateral dan penyelesaian masalah
       
Edward de Bono telah mengenalpasti penyelesaian masalah yang wujud pasti ada jalan penyelesaiannya. Secara dasarnya, masalah menjadikan suatu keadaan menjadi lebih baik. Masalah tidah boleh diselesaikan dengan membuang punca masalah tersebut. Pemikiran lateral bukan sahaja boleh juga digunakan untuk menyelesaikan masalah tetap juga lain-lain perkara.

            ’ we may need to solve problems not by removing the cause but by                                   designing the way forward even if the cause remains in place ‘
            -  Edward deBono
           
3.4  Kajiselidik ( research )

Kajian adalah merupakan aktiviti manusia yang berdasarkan kajian intelek dan mensasarkan berkenaan penemuan, pentafsiran, dan pengulangkajian pengetahuan manusia pada aspek-aspek dunia yang berbeza. Ia boleh menjadi saintifik atau tidak saintifik.

Kajian saintifik menyandarkan kepada aplikasi kaedah-kaedah saintifik yang berdasarkan kepada paradigma/model saintifik. Kajian ini menyediakan maklumat saintifik dan teori untuk satu penjelasan tentang alam/sifat dan sifat-sifat manusia dan seluruh alam semesta. Ia mencipta kebarangkalian aplikasi-aplikasi praktikal.

Kajian saintifik dibiayai oleh pihak berkuasa awam/tempatan, oleh organisasi yang memberi sumbangan dan juga oleh golongan/kumpulan persendirian, termasuk banyak syarikat. Peraturan kajian juga digunakan untuk menerangkan keseluruhan koleksi maklumat tentang sesuatu subjek khas/khusus. Kajian saintifik adalah satu subjek tentang klasifikasi-klasifikasi yang berlainan. 
    
a)   Kaedah Kajian

Tujuan proses kajian ialah untuk menghasilkan ilmu pengetahuan baru, yang memerlukan tiga bentuk utama : ~

i)    Kajian penjelajahan/tinjauan yang menstrukturkan dan mengenalpasti masalah-masalah baru.
ii)    Kajian pembangunan yang membina penyelesaian untuk sesuatu masalah.
iii)   Kajian Empirikal yang menguji kebarangkalian tentang satu penyelesaian dengan menggunakan bukti / fakta empirikal.

Seperti yang telah dibincangkan dalam bahagian yang dahulu, bentuk-bentuk ini adalah tidak jelas-tajam. Kajian juga boleh gugur ke dalam dua jenis yang nyata : ~

i)    Kajian utama
ii)    Kajian kedua

Kaedah kajian digunakan oleh para sarjana : ~

i)    Kajian tindakan
ii)    Pemetaan
iii)   Kajian kes
iv)   Klasifikasi
v)   Pengalaman dan gerak hati
vi)   Eksperimen
vii) Temuduga
viii)             Model matematik
ix)   Pemerhatian ikut serta
x)   Simulasi
xi)   Analisis statistik
xii) Tinjauan statistik
xiii)             Kandungan atau analisis teks
xiv) Etnografi

Kajian sentiasa dipandu dengan menggunakan model hourglass/jam kaca. Model hourglass/jam kaca bermula dengan satu spektrum lebar untuk kajian, tumpuan ke atas maklumat yang diperlukan menerusi metodologi projek (seperti batang jamkaca), kemudian memperluaskan kajian dalam bentuk perbincangan dan penghasilan.


b)   Proses kajian

Secara amnya, kajian ialah kefahaman untuk mengikut proses struktural tertentu. Walaupun atur langkah mungkin lain pergantungan ke atas perkara subjek dan penyelidik, langkah berikut adalah bahagian yang biasa di dalam banyak kajian rasmi, kedua-dua asas dan digunakan : ~

i)    Formasi topik
ii)    Hipotesis
iii)   Definisi konsep
iv)   Definisi operasi/cara kerja
v)   Pengumpulan/Perhimpunan data
vi)   Analisis data
vii)  Kesimpulan, pengulangkajian hipotesis

Kesalahfahaman umum bermaksud dengan kaedah ini, sesuatu hipotesis boleh dibuktikan. Sebaliknya dengan kaedah-kaedah ini tiada hipotesis yang boleh dibuktikan daripada satu hipotesis yang mungkin dibuktikan salah. Satu hipotesis boleh terus hidup dalam beberapa peringkat pengujian saintifik dan meluaskan pandangan/pendapat/pemikiran tentang kebenaran (atau lebih baik, peramalan), tetapi ini adalah tidak sama seperti yang telah dibuktikan. Adalah lebih baik untuk dikatakan bahawa hipotesis itu sudah siap untuk dibuktikan salah.

Satu hipotesis yang berguna akan membenarkan ramalan dan ketelitian pemerhatian tentang masa, di mana ramalan itu akan diuji. Seperti ketelitian pemerhatian yang meningkat dengan masa, hipotesis itu mungkin tidak lama dalam menyedia ketelitian ramalan. Dalam kes ini hipotesis baru akan muncul untuk mencabar yang lama, dan untuk keluasannya, hipotesis baru menghasilkan lebih ketelitian ramalan daripada yang lama, hipotesis yang baru ini akan menyokongnya.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan