Selasa, 20 Disember 2011

Fungsi Switch



Switch merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan atau circuit semasa penghantaran data kepada destinasinya. Ia turut dimuatkan fungsi router iaitu perkakasan atau perisian yang mampu menentukan laluan bagi data yang akan dihantar. Secara umumnya, switch adalah lebih mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju dari router. Switch selalunya berada pada lapisan ke 2 iaitu lapisan Data Link. Namun terdapat switch baru yang berfungsi pada lapisan ke 3 iaitu lapisan Network (IP switches). 
Dalam rangkaian yang besar, perjalanan data dari satu switch ke switch yang berada didalam rangkaian yang berlainan dikenali sebagai hop. Masa yang diambil oleh switch untuk menghantar data pula dikenali sebagai latency. Switch boleh dijumpai pada peringkat rangkaian backbone dan gateway dimana satu rangkaian bersambung dengan rangkaian yang berlainan dan pada sub rangkaian yang lain. Dalam rangkaian yang mudah pula, switch tidak diperlukan untuk mesej yang dihantar dan diterima didalam rangkaian. 
Sebagai contoh, Local Area Network boleh menggunakan token ring atau token bus dimana setiap mesej yang dihantar akan dikenalpasti oleh setiap komputer untuk mengetahui sama ada alamat mesej itu ditujukan kepada komputer tersebut atau tidak. Ia memecahkan keseluruhan rangkaian menjadikan bahagian-bahagian yang dipanggil segmen. Setiap portnya tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan tersendiri. Switch juga merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan