Ahad, 29 Januari 2012

Kesimpulan dan Rumusan Server Configuration


Secara asasnya yang kita telah pelajari iaitu rangkaian komputer merupakan sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian komputer juga merupakan satu sistem perkongsian untuk berkongsi fail, memindahkan fail,  berkongsi perisian aplikasi (untuk menjimatkan kos), berkongsi dan menjimatkan masa untuk memasukkan data, berkongsi pencetak, pengimbas, CD-ROM, menggunakan email, dan juga internet.

Dalam modul ini para pelatih dikehendaki melakukan tugasan penyambungan sebuah komputer pelayan iaitu (server) dan juga komputer pelanggan iaitu (client). Penyambungan komputer ini juga dikenali sebagai  ‘Workstation’ iaitu stesen kerja dan di dalam sistem rangkaian ini dimana ‘swicth’ digunakan sebagai titik tengah atau pusat penyambungan. Kaedah penyambungan rangkaian ini dipanggil Topologi Bintang (Star Topology), iaitu bermaksud semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator). Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.

Pada pendapat saya, dalam masyarakat era informasi kini, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).

Kesimpulannya, dengan mempelajari modul 4 ini dan melakukan beberapa gerak kerja amali, dapat memberi saya maklumat dan kemahiran bagaimana untuk menginstallasi, melakukan penetapan, dan mengkonfigurasi sistem rangkaian computer, seterusnya dapat mengatasi permasalahan berkaitan dengan sistem rangkaian. 




2 ulasan:

  1. Salam kenel,, follow back
    prifatedukasi.blogspot.com
    prifatedukasi.blogspot.com
    prifatedukasi.blogspot.com
    prifatedukasi.blogspot.com
    prifatedukasi.blogspot.com

    BalasPadam