Selasa, 30 November 2010

Fungsi Peralatan Penggantian Komponen Komputer (Multitester)


·         Sebuah multimeter atau multitester, juga dikenali sebagai meter / volt ohm atau vom, adalah sebuah alat ukur elektronik yang menggabungkan beberapa fungsi pengukuran dalam satu unit.
·         Sebuah multimeter  merangkumi ciri-ciri seperti kemampuan untuk mengukur voltan dan arus.




Fungsi Peralatan Penggantian Komponen Komputer (Long Nose Plier)

• Membengkok dan memotong dawai halus.
• Memotong kaki komponen.
• Memegang atau mencapai komponen elektronik
di ruang yang sempit.



Fungsi Peralatan Penggantian Komponen Komputer (Anti-Static Wrist Band)


·         Sebuah tali pergelangan tangan anti-statik, ESD tali pergelangan tangan,  atau peranti anti-statik digunakan untuk keselamatan orang yang bekerja dalam peralatan elektronik, untuk mengelakkan penumpukan elektrik statik di tubuhnya, yang boleh menyebabkan elektrostatik (ESD).




Fungsi Peralatan Penggantian Komponen Komputer (Screwdriver)

• Diperbuat daripada keluli keras.
• Saiznya ditentukan oleh panjang batangnya dan lebar hujung matanya.
• Digunakan untuk memasang dan menanggalkan skru.
• Terdapat dua jenis pemutar skru iaitu pemutar skru rata dan pemutar skru Philips.
• Pemutar skru mata rata digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk alur.
• Pemutar skru Philips digunakan untuk mamasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk palang.
• Terdapat juga pemutar skru kontot yang mempunyai batang dan hulu yang pendek digunakan untuk melonggar dan mengetatkan skru diruang yang sempit.




Pengenalan Replace Of Computer Parts


Sebagai seorang Pembantu Juruteknik Sistem Komputer, kita perlulah mengenalpasti setiap komponen yang haus, lusuh, dan rosak  (Identify Worn-Out & Faulty Parts), penanggalan komponen yang lusuh dan rosak (Remove Worn-Out & Faulty Parts), melakukan penggantian komponen yang lusuh dan rosak (Install / Assemble New Parts) dan melakukan pengujian ke atas komponen yang baru (Test New Parts).
Di dalam modul 5 ini yang bertajuk Replace Of Computer Parts ini merupakan modul kesinambungan daripada modul 2, iaitu Pc Assemble & Upgrading. Modul ini menerangkan secara terperinci bagaimana untuk melakukan penggantian komponen-komponen komputer berdasarkan dua task yang kita telah pelajari iaitu ‘Carry Out Installation Parts’ iaitu penggantian komponen yang telah lama dan lusuh, dan juga ‘Replace Computer Faulty’, merupakan penggantian bagi komponen yang telah rosak dan punah.
Antara langkah-langkah dan prosedur dalam melakukan tugasan ini adalah seperti (Identified Worn-Out Or Faulty Parts, Remove Worn-Out / Faulty Parts, Install New Parts, Test New Parts, and Report Replacements Parts). Kita hendaklah mengenalpasti masalah, meleraikan dan menyisihkan  komponen lusuh dan rosak, installasi komponen baru, melakukan pengujian, dan juga membuat laporan setelah proses dan gerak kerja selesai.
Tujuan utama gerak kerja ini dilakukan adalah untuk proses menukar komponen-komponen yang telah lama dan lusuh kepada yang baru, terutamanya peralatan dan komponen yang rosak.  Seperti yang telah kita pelajari pada modul yang terdahulu, penyelenggaraan terbahagi kepada dua iaitu ‘Preventive Maintenance’, iaitu penyelenggaran proaktif yang dilakukan sebelum berlakunya kerosakan pada sesuatu komponen atau peralatan manakala ‘Corrective Maintenance’ iaitu penyelenggaraan proaktif yang dilakukan setelah berlakunya kerosakan pada komponen dan peralatan komputer. Kita boleh mengenalpasti masalah dan sebarang kerosakan ketika melakukan penyelenggaraan kepada komputer kita.
Selain melakukan penggantian komponen yang lama dan rosak, penggantian komponen komputer juga bertujuan untuk proses naik taraf (Upgrade / Update) kepada versi yang terbaru. Upgrade dilakukan untuk meningkatkan prestasi, keupayaan, kebolehan, kepercayaan, kelancaran dan kestabilan sistem komputer mengikut keperluan dan spesifikasi yang diperlukan oleh komponen komputer itu sendiri. 




Kesimpulan Hardware Maintenance

Penjagaan perkakasan komputer ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana penyelenggaraan secara berterusan dan penjagaan yang betul adalah penting untuk memastikan sistem komputer selamat daripada sebarang kerosakan yang serius yang akan melibatkan kos pembaikian yang tinggi. Ini dapat menjamin jangka hayat perkakasan akan lebih panjang.

Selain daripada itu, sikap kita sebagai pengguna komputer juga adalah tunjang utama yang memainkan peranan untuk perkakasan komputer ini akan bertahan untuk suatu jangka masa tertentu. Ini kerana jika kita tidak mementingkan kebersihan dan penjagaan rapi, kemungkinan besar perkakasan akan cepat rosak. Sebagai contoh cara penggunaan yang salah dan tidak mengikut peraturan penggunaan perkakasan boleh memendekkan jangkahayat perkakasan komputer.

Untuk kebaikan bersama, sediakan jadual yang sistematik dan tersusun dalam mengemaskini dan menyelenggara peralatan komputer. Seperti juga peralatan elektronik lain seperti mesin-mesin dikilang, kenderaan, dan pelbagai lagi, peralatan komputer juga merupakan mesin dan peralatan biasa yang harus diselenggara dan diservis untuk memastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik dan beroperasi dengan lancar.
Apa yang penting, semua itu bergantung kepada sikap individu dan pengguna itu sendiri. Oleh itu, mulalah menanam sikap akan kesedaran kepentingan menyelenggara peralatan dan perkakas komputer untuk kebaikan kita juga.



Masalah Cara Penggunaan


Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa komponen komputer yang mempunyai jangkahayat yang rendah. Komponen-komponen ini terdiri daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rosak dan perlu di gantikan bila perlu.
Cuba dapatkan keyboad atau mouse yang perlu di gantikan pada harga yang mahal sedikit kerana keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan lama dan selesa untuk di gunakan.

Jangan buka dan tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan cara menutup komputer anda dengan betul dengan menekan menu START - SHUT DOWN - OK! (Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda di syorkan untuk menggunakan menu STANDBY)

Masalah Virus

Ini merupakan masalah menjadi perbualan yang hangat di internet. Masalah virus sebenarnya berpunca dari sikap semulajadi manusia yang akhirnya mengalami kerugian pun manusia juga. Virus amat mudah merebak melalui internet terutamanya melalui email-email anda. Awas semasa membuka email dari sumber-sumber yang tidak di kenalpasti keselamatannya.
Virus juga mudah merebak melalui perkongsian disket dan penggunaan software pirate! Virus akan menyebabkan perjalanan PC anda akan terganggu atau mengalami kerosakan.

Apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah komputer anda dari di jangkiti virus adalah dengan mendapatkan perisian antivirus terkini dan senantiasa updatekan perisian anda antivirus anda dengan definasi virus-virus terkini (biasanya update melalui internet). Terdapat banyak jenama perisaian antivirus yang terkenal dan boleh di harapkan (reliable). Di antaranya ialah Norton Anti Virus, PC-Cilin antivirus, Mc AFee antivirus dan Innoculan antivirus. Anda di syorkan untuk updatekan definasi virus terkini dari internet sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Beringat sebelum komputer anda terkena virus... Mencegah lebih baik dari merawati.



Masalah Suhu


Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk yang dimaksudkan disini adalah kering. Sekiranya lembap, ia boleh merosakkan komponen di dalam komputer. Suhu memang menjadi penentu utama dalam menentukan jangkahayat sesebuah komputer tersebut. Berhati-hati dengan air dan kelembapan. Air mungkin akan menjadi punca kemalangan yang tidak di ingini. Komputer yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya.
AWAS! Jaga-jaga sebelum terkena.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan komputer anda jauh dari pancaran matahari.



Masalah Habuk






Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa berada disekeliling kita, Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangkahayat komputer akan kurang Jenis-jenis habuk yang lain pula termasuklah habuk dari udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk ke dalam komputer kita.

Cara untuk menghilangkan habuk senang sahaja. Cara pencegahan, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan dengan plastik komputer. Cara rawatan pula, gunakanlah vacum cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan yang berkuasa kuat kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen komputer tersebut).

Langkah-Langkah Kerja Pembersihan Motherboard

Penjagaan motherboard (papan induk) ini juga adalah sangat penting dan perlu dijaga. Ini kerana jika motherboard mengalami kerosakan, ia sangat sukar untuk dibaiki. Atau dengan cara lain, ianya perlu diganti dengan yang baru dan melibatkan kos yang tinggi. Ini kerana motherboard terdiri daripada komponen-komponen elektronik yang sangat kecil dan halus. Lebih-lebih lagi komponen ini amat mudah berkarat. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memastikan habuk dan debu tidak melekat pada permukaan atas dan bawah motherboard dan pada komponen-komponen elektronik lain yang terdapat pada motherboard. Anda seharusnya membuka sistem unit sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan untuk memeriksa keadaan motherboard. Jika terdapat kotoran samada habuk atau debu pada motherboard, segera membersihkannya untuk memastikan keadaannya sentiasa baik dan bersih.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk pembersihan motherboard :
1. Kain lembut/tiras.
2. Putik kapas.
3. Tin/penyembur udara mampat.
4. Isopropyl alcohol.
5. Vakum.
6. Kain mikro-fiber.
7. Berus.



CARA KERJA
LANGKAH KERJA

LANGKAH PERTAMA
·         Keluarkan motherboard daripada sistem unit.
·         Terlebih dahulu, cabut kabel-kabel dan kad yang dihubungkan pada motherboard seperti kipas, kad grafik, kad RAM, kad bunyi, dan lain-lain lagi.
  






LANGKAH KEDUA
·         Sembur motherboard dengan penyembur udara mampat.
·         Semburkan keseluruhan permukaan motherboard dimana terdapat habuk dan debu yang melekat padanya.
·         Gunakan berus untuk menyingkirkan kotoran.



CARA KERJA
LANGKAH KERJA

LANGKAH PERTAMA
·         Keluarkan motherboard daripada sistem unit.
·         Terlebih dahulu, cabut kabel-kabel dan kad yang dihubungkan pada motherboard seperti kipas, kad grafik, kad RAM, kad bunyi, dan lain-lain lagi.
  






LANGKAH KEDUA
·         Sembur motherboard dengan penyembur udara mampat.
·         Semburkan keseluruhan permukaan motherboard dimana terdapat habuk dan debu yang melekat padanya.
·         Gunakan berus untuk menyingkirkan kotoran.


Langkah-Langkah Kerja Pembersihan Power Supply

Bekalan kuasa merupakan salah satu komponen penting yang terdapat dalam komputer. Bekalan kuasa, berdasarkan namanya, membekalkan atau menyediakan tenaga elektrik ke komputer anda untuk beroperasi. Bekalan kuasa yang tidak mencukupi akan menyebabkan seluruh komputer anda lumpuh. Pembersihan bekalan kuasa adalah penting sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan. Jika anda mahukan lebih lancar, pastikan bekalan kuasa sentiasa dalam keadaan baik dan bersih. Jika komputer menghasilkan bunyi , ia menandakan bekalan kuasa bertambah atau melebihi had dan memaksa sistem komputer berhenti. Adalah lebih baik untuk memastikan keadaan bekalan kuasa berkeadaan baik dan tidak rosak dan bermasalah.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk pembersihan power supply :
1. Kain lembut/tiras.
2. Putik kapas.
3. Tin/penyembur udara mampat.
4. Isopropyl alcohol.
5. Vakum.
6. Kain mikro-fiber.
7. Berus.


CARA KERJA
LANGKAH KERJA

LANGKAH PERTAMA
·         Shut down dan cabut plug komputer, biarkan komputer menjadi sejuk.
·         Jangan cabut plug ketika komputer sedang beroperasi kerana ia boleh menyebabkan litar pintas.
·         Pastikan tangan anda kering, kerana jika tangan anda basah, risiko berlaku renjatan elektrik adalah sangat tinggi










LANGKAH KEDUA
·         Buka semua skru yang terdapat pada kotak bekalan kuasa anda.
·         Pastikan semua access panel komputer telah dikeluarkan.
·         Pastikan kabel-kabel tersebut dipisahkan dengan cermat dan berhati-hati.





CARA KERJA
LANGKAH KERJA

LANGKAH PERTAMA
·         Shut down dan cabut plug komputer, biarkan komputer menjadi sejuk.
·         Jangan cabut plug ketika komputer sedang beroperasi kerana ia boleh menyebabkan litar pintas.
·         Pastikan tangan anda kering, kerana jika tangan anda basah, risiko berlaku renjatan elektrik adalah sangat tinggi










LANGKAH KEDUA
·         Buka semua skru yang terdapat pada kotak bekalan kuasa anda.
·         Pastikan semua access panel komputer telah dikeluarkan.
·         Pastikan kabel-kabel tersebut dipisahkan dengan cermat dan berhati-hati.