Selasa, 14 Disember 2010

Kesimpulan Data Security


Sistem komputer tidaklah begitu sempurna sepenuhnya. Walaupun komputer merupakan sejenis alat, mesin, mahupun robot, tetapi seperti juga manusia, komputer tetap mempunyai kelemahan dan kekurangannya. Seperti manusia, tubuh badan manusia mudah dijangkiti penyakit. Ini bergantung kepada tahap ketahanan sistem imun didalam badan manusia. Jika tahap ketahanan sistem manusia tinggi, maka kebarangkalian untuk dijangkiti penyakit amat rendah. Diibaratkan pada komputer, Data Security atau keselamatan data boleh diibaratkan sebagai sistem imun pada manusia yang perlu dijaga dan dilindungi.
Untuk memberi perlindungan pada sistem komputer, kita hendaklah mengambil langkah untuk menghalang sebarang ancaman dan virus daripada memasuki sistem komputer. Sebagai contoh menginstall perisian anti-virus, mengimbas setiap kali memasukkan pendrive, melakukan backup fail,  dan sebagainya. Langkah perlindungan dan keselamatan ini bertujuan untuk melindungi data, fail, dan maklumat kita di dalam komputer, seterusnya mengelakkan kerosakan komponen komputer yang mungkin akan mendatangkan masalah dan meningkatkan kos pembaikian dan servis komputer.
Di dalam modul ini, saya dapat merumuskan bahawa keselamatan dan perlindungan data merupakan salah satu aspek penting dalam sistem komputer. Ini kerana dengan perlindungan yang terbaik, kita dapat mengatasi dan menangani sebarang masalah dan kelemahan berkaitan ancaman dan virus. Kita juga haruslah sentiasa menjaga dan memulihara komputer kita untuk memastikan penggunaannya dapat kita manfaatkan secara berterusan tanpa sebarang masalah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan