TAJUK : PENYELESAIAN MASALAH BAGI PERANTI ASAS
TUJUAN: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada pelatih mengenai bagaimana membuat peranti komputer diuji menggunakan perisian dan peralatan.
1 PENGUJIAN TETIKUS
Langkah pertama ialah memeriksa jenis tetikus. Jika tetikus ialah peranti USB, ia bersambung kepada port USB pada komputer. Jika tetikus bukan peranti USB, ia bersambung pada port-port lain, seperti port selari atau bersiri. Jika tidak pasti jenis peranti, pengguna seharusnya memeriksa dokumentasi yang diberikan bersama peranti.
1.1 Memasang perisian tetikus
Beberapa peranti tetikus memerlukan perisian khas (selain daripada pemacu) untuk menjalankannya. Jika perisian tidak dipasang, peranti mungkin tidak akan berfungsi langsung, atau beberapa cirinya tidak akan berfungsi dengan baik. Jika peranti diberikan bersama perisian, arahan pengeluar mesti diikuti untuk memasangnya.
1.2 Memeriksa jika peranti rosak
Jika pemacu rosak, pengguna boleh mencuba mengatasi masalah ini dengan memindahkan dan memasang semula pemacunya.
1.3 Memindah dan memasang semula pemacu
i. peranti dari port USB telah disambung
ii. kuasa dari peranti telah ditutup, jika ianya mempunyai bekalan kuasa berasingan
iii. Device Manager telah dibuka
iv. Pilih kategori yang bersesuaian
v. Pilih peranti USB, dan ia sepatutnya dibatalkan pemasangan
vi. Jika peranti tidak disenarai, ia bermakna ianya tidak dipasang secara automatik apabila peranti diputuskan sambungan. Pengguna perlu memulakan semula komputer
vii. Kuasa akan disambung semula kepada peranti, jika perlu, peranti disambung ke port USB. Komputer akan mengesan peranti dan memasang semula pemacu untuknya.
viii. Jika komputer tidak memasang semula secara automatik, pemacu perlu dipasang semula
2 PENGUJIAN PAPAN KEKUNCI
Langkah pertama ialah memeriksa jenis papan kekunci. Jika papan kekunci ialah peranti USB, ia bersambung kepada port USB pada komputer. Jika papan kekunci bukan peranti USB, ia bersambung pada port-port lain, seperti port selari atau bersiri.
Jika tidak pasti jenis peranti, pengguna seharusnya memeriksa dokumentasi yang didatangkan bersama peranti.
2.1 Memasang perisian papan kekunci
Beberapa peranti papan kekunci memerlukan perisian istimewa (selain daripada pemacu) untuk menjalankannya. Jika perisian tidak dipasang, peranti mungkin tidak akan berfungsi langsung, atau beberapa cirinya tidak akan berfungsi dengan baik. Jika peranti diberikan bersama perisian, arahan pengeluar mesti diikuti untuk memasangnya.
2.2 Memeriksa jika peranti rosak
Jika pemacu rosak, pengguna boleh mencuba mengatasi masalah ini dengan memindahkan dan memasang semula pemacunya.
2.3 Memindah dan memasang semula pemacu
i. peranti dari port USB telah disambung
ii. kuasa dari peranti telah ditutup, jika ianya mempunyai bekalan kuasa berasingan
iii. Device Manager telah dibuka
iv. Pilih kategori peranti yang bersesuaian
v. Pilih peranti USB, dan ia sepatutnya dibatalkan pemasangan
vi. Jika peranti tidak disenarai, ia bermakna ianya tidak dipasang secara automatik apabila peranti diputuskan sambungan. Pengguna perlu memulakan semula komputer
vii. Kuasa akan disambung semula kepada peranti, jika perlu, peranti disambung ke port USB. Komputer akan mengesan peranti dan memasang semula pemacu untuknya.
viii. Jika komputer tidak memasang semula secara automatik, pemacu perlu dipasang semula
3 PENGUJIAN PENGIMBAS
Beberapa pengimbas bersambung ke port USB atau port bersiri pada computer dan terdapat juga yang menggunakan hubungan Small Computer System Interface (SCSI).
Peranti SCSI kurang dikenali berbanding peranti IDE (Integrated Drive Electronics). Jika pengguna tidak tahu samada mereka menggunakan peranti SCSI atau tidak, mungkin mereka tidak menggunakannya. Hubungan SCSI membolehkan pengguna untuk menghubungkan beberapa peranti ke satu adapter tunggal pada komputer. Peranti SCSI dihubungkan bersama-sama membentuk “rantai”. Sehingga 16 peranti SCSI termasuk adapter SCSI boleh disambung kepada komputer.
3.1 Periksa jika peranti telah dipasang dan dihubungkan dengan betul
Beberapa jenis perisian tidak berhubung dengan baik sehinggalah ianya dipasang. Pengguna perlu memastikan mempunyai jenis kabel yang betul, dan telah disambung ke port yang betul di kedua-dua peranti perkakasan dan komputer.
4 PENGUJIAN MODEM
Apabila pengguna cuba menyambung kepada Internet, mereka perlu memeriksa samada mereka telah menerima mesej sama seperti yang di bawah:
“The protocol is not configured.”
atau
“A dial-up connection could not be established.”
Seterusnya pengguna perlu memeriksa jika modem telah ditutup. Jika modem dibuka, pengguna perlu merujuk kepada juruteknik rangkaian untuk mencari tetapan (setting) rangkaian.
5 PENGUJIAN PENCETAK
5.1 Mencetak dokumen lain dari program yang sama
Dalam program yang sama yang digunakan oleh pengguna, pengguna perlu membuat satu dokumen baru dan taip beberapa teks di dalamnya. Jika boleh, masukkan beberapa format yang sama yang digunakan dalam dokumen yang tidak boleh dicetak. Kemudian, cuba cetak dokumen ujian ini.
Jika dokumen lain boleh dicetak dari program yang sama, dokumen asal mungkin rosak.
5.2 Memeriksa memori yang diperlukan
i. Periksa jika fail atau grafik yang cuba dicetak oleh pengguna memerlukan memori yang sangat besar.
Dokumen yang cuba dicetak oleh pengguna sepatutnya disimpan, dan di tampal ke bahagian dokumen di dalam fail baru. Jika tidak berjaya untuk mencetak grafik, salah satu grafik perlu ditampal ke dalam fail baru. Tutup semua fail kecuali fail baru dan cuba cetak.
Jika ia boleh dicetak, dokumen asal mungkin memerlukan lebih memori berbanding yang dimiliki oleh komputer. Sistem operasi mungkin rendah memorinya. Pengguna boleh mencuba langkah di bawah ini untuk mengosongkan memori
ii. Memeriksa jika pencetak mempunyai memori yang cukup
Jika dokumen itu sangat kompleks, pencetak mungkin tidak mempunyai cukup memori untuk memprosesnya. Dalam kes ini, pencetak mungkin akan memaparkan mesej Out of Memory atau Overflow atau dokumen mungkin tidak akan dicetak dengan baik.
Pengguna boleh cuba yang berikut:
(a) Pindahkan elemen grafik
(b) Tukar tetapan (setting) pencetak supaya gunakan kurang memori
Untuk menukar tetapan pencetak supaya gunakan kurang memori, rujuk kepada Sistem Operasi yang digunakan dan tetapan pengeluar pencetak. Akhirnya, pengguna mungkin menerima mesej Out of Memory jika jumlah memori yang dipasang dalam pencetak tidak sepadan dengan tetapan memori dalam pemacu pencetak.
Terima Kasih Tuan Punya Badan, Sangat Berguna Info Ini :)
BalasPadamWan Wan, Aku kat sini la :)