Isnin, 27 Disember 2010

Komponen Asas Rangkaian, Keselamatan Dan Sekuriti


TAJUK :           KOMPONEN ASAS RANGKAIAN, KESELAMATAN DAN SEKURITI

TUJUAN:           Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am kepada pelatih mengenai komponen asas rangkaian termasuk keselamatan dan sekuriti.



1          LAPISAN RANGKAIAN
1.1        Media Sistem Pengoperasian
Istilah paling asas dalam sesebuah rangkaian terdiri daripada:
§  Skema pengkabelan
§  Protokol atau bahasa biasa

1.2          Senibina Rangkaian (Model OSI)
LAPISAN 7
Aplikasi
Tahap aplikasi adalah yang teratas. Contohnya Windows.
LAPISAN 6
Persembahan
Tahap ini mengformat data sebelum dihantar ke tahap terakhir iaitu aplikasi.
LAPISAN 5
Sesi
Mengadakan sesi antara proses
LAPISAN 4
Pengangkutan
Pertukaran data yang bersambungan.
LAPISAN 3
Rangkaian
Menyusun kerangka antara rangkaian. Kerangka atau paket diletak dalam wayar oleh antaramuka rangkaian.
LAPISAN 2
Hubungan (link) data
Menyediakan transmisi bebas- silap, membebaskan tahap di atas dengan tidak mengambilkira tentang kesilapan transmisi.
LAPISAN 1
Fizikal
Berkenaan meletakkan jujukan bit asas (paket) dari NIC pada media fizikal, kabel rangkaian anda.

1.3          Protokol atau bahasa
Protokol ialah satu set peraturan dan prosedur untuk bertukar-tukar maklumat sesama komputer. Protokol ditafsirkan sebagai cara sesebuah laluan komunikasi dibuat, bagaimana maklumat dihantar, dan bagaimana kesilapan dikesan dan dibetulkan. Terdapat beberapa jenis protokol yang digunakan hari ini dan sebahagiannya direka untuk bekerja bersama-sama:
(a)           TCP/IP (Transmission Control Protokol/ Protokol Internet)
(b)           NetBEUI (NetBIOS Extended User Interface)
(c)           IPX/SPX (/Sequenced Packet Exchange)
(d)           Ethernet Network
(e)           Protokol Token Ring

1.4          Protokol Rangkaian
JENIS RANGKAIAN
PROTOKOL DIGUNAKAN
Rangkaian Kabel Terus
NetBEUI, TCP/IP atau IPX/SPX
Rangkaian Berdail (Dail-Up Networking)
NetBEUI, TCP/IP atau IPX/SPX
Microsoft (seperti Windows NT)
NetBEUI, TCP/IP atau IPX/SPX
Internet
TCP/IP
NetWare 4 dan sebelumnya
IPX/SPX
NetWare 5 dan selepasnya
IPX/SPX

1.5          Alamat IP (Protokol Internet)
(a)           Alamat IP di rangkaian mesti unik. Dengan IP, anda mesti letakkan alamat.
(b)           Alamat IP ialah 32 bit, atau empat octet. Ia boleh ditulis dalam dua cara: binari atau notasi decimal bertitik.
Contoh:
§  Kod binari– 11001100010011100011010000101000 atau IP empat octet
§  Notasi decimal bertitik – 204.78.52.43
(c)           Terdapat beberapa jenis alamat IP
§  Kelas Alamat IP
§  Subnetting
§  Default Gateway (Default Router)
§  ARP (Address Resolution Protocol)
§  DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol)
§  Utiliti IP

1.6          Bagaimana mengenalpasti Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)
(a)           NIC ialah kad yang dipasang pada PC dan Workstation. NIC akan mengambil maklumat yang dihantar kepadanya melalui tahap protokol yang lebih tinggi dan secara fizikal menghantarnya melalui wayar
(b)           NIC tidak hanya mula menghantar data tetapi juga ia membentuknya menjadi paket yang kemas
(c)           Paket ini mengandungi maklumat dalam format tertentu, seperti sumber alamat, alamat dan data destinasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan