Didalam gerak kerja ini, kita telah mempelajari langkah-langkah untuk menggunakan perisian utiliti disk defragmenter dan disk clean up yang telah sedia ada terdapat didalam komputer ini. Selain itu juga, cara-cara untuk download, install, dan run perisian utiliti yang boleh didapati di internet ini memudahkan kita untuk menggunakan sebarang perisian utiliti lain untuk memastikan sistem komputer kita sentiasa dalam keadaan baik. Sebagai contoh kegunaan perisian disk defragmenter yang berperanan untuk menyusun fail dan folder yang berselerak didalam hard disk. Penggunaan perisian ini untuk menyusun dan mengemaskini fail agar ianya lebih mudah dicari dan sistem komputer dapat beroperasi dengan lebih lancar, seterusnya mengelakkan permasalahan seperti sistem komputer menjadi lembab dan mendatangkan pelbagai lagi masalah.
Selain itu, penggunaan disk clean up pula yang berperanan untuk membersihkan hard disk dan membuang fail-fail lama dan sementara bagi melancarkan operasi sistem operasi komputer ini membantu kita mengemaskini dan menyusun semula penggunaan komputer supaya lebih teratur dan lancar. Sama-samalah kita mengambil manfaat apa yang telah kita pelajari di dalam modul troubleshooting ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan