Ahad, 12 Disember 2010

Langkah-Langkah Kerja Pemasangan Dan Penggantian ( Komponen Lusuh ) Processor (CPU)

LANGKAH PERTAMA
• Tentukan posisi pin 1 pada prosessor dan soket prosessor di motherboard, biasanya terletak di hujung yang ditandai dengan titik, segitiga atau lekukan.
• Keluarkan prosessor tersebut untuk proses penggantian.



LANGKAH KEDUA

·       Tegakkan posisi tuas pengunci socket untuk membukanya.

·       Periksa setiap pin pada soket bagi memastikan tidak berlaku sebarang kerosakan.




LANGKAH KETIGA
·         Pastikan semasa mengendalikan processor yang baru, pegang processor pada bucunya. Jangan sentuh pada connection point di bahagian bawah processor kerana ini akan merosakkan processor tersebut. Buka protective cover pada processor dengan menggunakan jari. 

LANGKAH KEEMPAT
·         Pada processor terdapat dua notch di setiap sisinya. Notch ini bertujuan bagi mengelakkan processor dari tersalah pasang. Ini bermakna, processor hanya boleh dipasang pada satu arah sahaja. Setelah anda telah mengenalpasti kedua-dua notch iaitu pada processor dan socket, letakkan processor pada socket.


LANGKAH KELIMA
·         Setelah processor diletakkan pada socket dengan betul, tekan load plate dan load lever ke kedudukannya.
·         Setelah selesai, jalankan pemasangan headsink.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan