Dalam modul 7 ini, kita telah mempelajari dan memahami tentang Data Security iaitu keselamatan data didalam sistem komputer. Sistem komputer sangat mudah terdedah kepada threats iaitu ancaman dan juga virus. Threats ataupun ancaman merupakan sejenis perisian yang berniat jahat dan dengki yang bertujuan menggangu dan merosakkan sistem komputer kita. Antara contoh-contoh threats adalah virus, worms, spyware, adware, dan sebagainya. Sekiranya ancaman dan virus ini memasuki sistem komputer kita, ia akan mengakibatkan pelbagai masalah, seterusnya boleh mengakibatkan kerosakan kepada komputer.
Antara tanda-tanda komputer kita diserang ancaman ini adalah komputer sering meragam, lembab, fail yang disimpan hilang atau corrupt (rosak), dan kerosakan pada komponen hardware seperti hard disk. Jadi, untuk mengelakkan ancaman ini daripada memasuki sistem komputer kita, kita hendaklah melindungi komputer kita dengan perisian anti-virus seperti Avira, Avast, Karpersky, dan lain-lain lagi. Dengan perisian ini, ia dapat mengesan sebarang ancaman dan virus, lalu mengkuarantin dan seterusnya bertindak menghapuskan ancaman dan virus tersebut. Biasanya, virus mudah memasuki sistem komputer melalui pendrive, penggunaan interntet, media storan, dan sebagainya.
Disamping penggunaan anti-virus, cara lain untuk memastikan keselamatan data dan maklumat kita lebih terjamin adalah dengan melakukan ‘Backup’. Backup adalah merupakan proses menyalin data ke media storan yang lain seperti Compact Disk, Pendrive, External, dan lain-lain lagi. Anda disarankan untuk backup data dan maklumat penting supaya anda akan mendapat kembali fail anda sekiranya fail anda corrupt, hilang, atau diserang virus. Backup data merupakan langkah berjaga-jaga dan cara terbaik untuk melindungi data dan dokumen anda.
Didalam folio ini, saya akan menerangkan langkah-langkah untuk backup data ke Compact Disk (CD) atau (Cakera Liut) menggunakan perisian Nero StartSmart. Dalam perisian ini, kita akan mempelajari cara ‘Burning Prosess’ atau dikenali juga sebagai burn. Burn merupakan proses menduakan data dan dipindahkan ke Compact Disk. Selain backup data, saya juga menerangkan langkah-langkah membuat password pada fail dokumen Microsoft Word, yang juga merupakan salah satu contoh keselamatan data. Ikuti satu persatu kandungan folio ini untuk lebih memahami modul Data Security ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan