Isnin, 27 Disember 2010

Menetapkan Objektif dan Gol


TAJUK :           MENETAPKAN OBJEKTIF DAN GOL

TUJUAN:           Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memastikan pelatih memahami dan berupaya    untuk menulis, menetapkan dan mengkaji semula objektif dan gol sendiri.


PENERANGAN:

1          DEFINISI GOL
Keadaan di mana rancangan bertujuan untuk mencapai dan jika ianya berakhir tingkahlaku bertujuan untuk mencapainya.

1.1          Menetapkan Gol dengan Berkesan
Yang berikut ialah panduan yang luas bagaimana untuk menetapkan gol dengan berkesan:
a.         Kenyataan positif:         
Ekspresikan gol anda dengan positif. “Jalankan teknik ini dengan baik adalah gol yang lebih baik berbanding “jangan buat kesilapan bodoh”
b.         Jadi tepat:        
Jika anda menetapkan gol yang tepat, dengan meletakkan tarikh, masa dan bilangan, pencapaian boleh diukur, maka anda akan tahu bila anda mencapainya.
c.          Letakkan keutamaan:
            Bila anda mempunyai beberapa gol, letakkan keutamaan pada setiapnya. Ini membantu mengelakkan rasa overwhelmed oleh kerana mempunyai terlalu banyak gol, dan ia membantu mengarahkan perhatian anda kepada yang paling penting dahulu.
d.         Tulis gol anda untuk mengelakkan kekeliruan dan berikan sedikit paksaan
e.         Letakkan operasi gol yang kecil:
Letakkan gol yang sedang anda usahakan kecil dan boleh dicapai. Jika gol terlalu besar, ia akan kelihatan seolah-olah anda tidak ada kemajuan dalam mencapainya. Dengan meletakkan gol kecil dan incremental, memberikan lebih peluang untuk ganjaran. Gol hari ini sepatutnya datang dari gol yang lebih besar.

            1.2        Menetapkan Kebolehan, Bukan Hasil Gol
Ini sangat penting. Anda perlu mengambil kira untuk menetapkan gol yang boleh anda kawal - tidak ada yang lebih mengecewakan daripada gagal mencapai gol peribadi  disebabkan alasan yang di luar kawalan anda seperti persekitaran perniagaan yang buruk, penilaian yang buruk, cuaca buruk, kecederaan, atau nasib buruk. Gol berdasarkan hasil adalah sangat rapuh.
Jika anda mendasarkan gol anda pada kebolehan peribadi atau kemahiran atau pengetahuan yang perlu dimiliki, maka anda boleh mengawal pencapaian gol anda dan mendapatkan kepuasan daripadanya. Contohnya, anda mungkin mencapai masa peribadi terbaik dalam perlumbaan, tetapi masih tidak layak disebabkan keputusan penilaian yang buruk. Jika anda telah menetapkan hasil gol untuk menjadi tiga teratas, ini akan menjadi kekalahan. Jika anda menetapkan gol kebolehan untuk mencapai masa yang tertentu, maka anda akan mencapai gol dan mendapat kepuasan dan keyakinan diri dari pencapaian ini.
Satu lagi kelemahan ialah apabila hasil gol berdasarkan ganjaran untuk mencapai sesuatu, samada berbentuk kewangan atau berdasarkan penghargaan dari rakan sekerja. Pada peringkat awal ini boleh menjadi faktor motivasi yang tinggi, bagaimanapun apabila ianya tercapai faedah untuk pencapaian seterusnya pada tahap yang sama akan berkurang. Anda akan menjadi semakin kurang bermotivasi.

            1.3        Tetapkan Gol yang Spesifik
Tetapkan gol yang boleh diukur dan spesifik. Jika anda mencapai semua syarat untuk gol yang boleh diukur, maka anda boleh menjadi yakin dan selesa dengan pencapaiannya. Jika anda gagal untuk memenuhi gol yang boleh diukur secara konsisten, maka anda boleh mengubahsuainya atau menganalisa sebab-sebab kegagalannya dan ambil tindakan bersesuaian untuk memperbaiki kemahiran anda.

1.4          Tetapkan Gol yang Realistik
Gol mungkin boleh menjadi tidak realistik kerana sebab-sebab di bawah:
a)            orang lain
b)            maklumat tidak mencukupi
c)             selalu menjangka kebolehan terbaik anda
d)            kurang menghormati diri sendiri

1.5          Menetapkan Gol Terlalu Rendah
Alternatifnya, gol boleh ditetapkan terlalu rendah kerana:
a)            Takut Gagal
Jika anda takut gagal, anda tidak akan mengambil risiko diperlukan utnuk kebolehan optimum. Semasa anda menggunakan penetapan gol dan melihat pencapaian gol, keyakinan diri anda sepatutnya meningkat, membantu anda untuk mengambil risiko lebih besar. Mengetahui kegagalan adalah perkara yang positif: ia menunjukan kawasan di mana anda boleh memperbaiki kemahiran dan kebolehan anda.
b)            Mengambil Terlalu Mudah
mudah untuk mengambil alasan tidak meletakkan secara tidak realistik dengan terlalu tinggi sebagai alasan untuk meletakkan ia terlalu rendah. Jika anda tidak bersedia untuk meregangkan diri anda dan bekerja kuat, maka sangat tidak patut untuk anda mencapai sesuatu yang berharga.

1.6          Menetapkan Gol Pada Tahap Sebaiknya
Penetapan gol pada tahap sebaiknya adalah satu kemahiran yang dimiliki melalui latihan.
Anda seharusnya mendapatkan gol yang agak terkeluar dari genggaman anda, tetapi tidak terlalu jauh yang boleh menyebabkan tiada harapan untuk mencapainya: tiada orang yang akan meletakkan usaha yang serius untuk mencapai gol yang mereka  percaya tidak realistik. Bagaimanapun, ingatlah bahawa kepercayaan bahawa gol tidak realistik mungkin salah. Seperti satu kepercayaan boleh ditukar dengan kegunaan imej yang berkesan.
Faktor peribadi seperti keletihan, lain-lain komitmen dan keperluan untuk berehat, dsbnya seharusnya diambil kira apabila menetapkan gol. Sekarang kaji semula gol yang telah anda tetapkan, dan seterusnya ukur mereka berdasarkan poin yang telah disebutkan sebelum ini. Ubahsuai mereka untuk memenuhi cadangan dan seterusnya kaji semula. Anda seharusnya telah boleh melihat kepentingan menetapkan gol dengan berkesan.
           
1.7          Memikirkan Gol
Apabila anda berfikir mengenai bagaimana mencapai gol, bertanyakan soalan di bawah boleh membantu anda untuk fokus kepada sub-gol yang membawa kepada pencapaiannya.
a)            Apakah kemahiran yang perlu saya miliki untuk mencapai ini?
b)            Apakah pengetahuan dan maklumat yang saya perlukan?
c)             Apakah bantuan, pembantu atau kerjasama yang saya perlukan?
d)            Apakah sumber yang saya perlukan?
e)            Apa yang boleh menyekat kemajuan?
f)             Adakah saya membuat sebarang anggapan?
g)            Adakah sebarang jalan lebih  baik untuk melakukannya?

2              DEFINISI OBJEKTIF
Satu objektif ialah satu kenyataan ringkas mengenai apa yang perlu dibuat dan perlu dinyatakan dalam bentuk terma keputusan. Satu bantuan mnemonic untuk menulis objektif ialah SMART (Specific, Measurable, Attainable, Result-oriented, Time-limited)


Spesific             -          
Satu objektif mestilah spesifik dengan satu keputusan kunci. Jika lebih dari satu keputusan perlu dicapai, lebih dari satu objekif perlu ditulis. Mengetahui apa yang perlu dicapai ialah satu langkah besar ke arah mencapainya.
Measurable       -          
Satu objektif mestilah boleh diukur. Hanya satu objektif yang boleh memberi kesan ke atas tingkah laku dalam cara yang boleh diukur adalah berkesan secara optimal. Jika boleh, nyatakan objektif sebagai kuantiti
Attainable         -          
Satu objektif mestilah boleh dicapai dengan sumber yang boleh didapati. Ianya mestilah realistik walaupun masa yang diambil untuk mencapainya mungkin tidak realistik.
Result-oriented -          
Objektif seharusnya menjadi pusat kepada gol organisasi. Objektif yang disempurnakan dengan jayanya sepatutnya membawa satu perubahan.
Time-limited      -          
Objektif seharusnya boleh dijejak. Objektif spesifik membolehkan keutamaan masa untuk ditetapkan dan masa yang peru digunakan diambil kira.
           
2.1          Menulis Objektif Yang Bermakna
Walaupun peraturan susah untuk dibuat, yang berikut ini mungkin berguna apabila menulis satu objketif
a)    Mulakan dengan satu kata kerja tindakan atau pencapaian. (guna bentuk kata kerja infinitive. Ini bermakna mulakan dengan “untuk”)
b)    Kenalpasti satu kunci keputusan untuk setiap objektif
c)     Berikan tarikh anggaran ianya akan sempurna dilakukan
d)    Pastikan objektif ialah sesuatu yang boleh anda kawal
e)    Untuk menguji kesahan objektif smart, tanya diri anda soalan di bawah:
S =  Apakah objektif sebenar saya?
M = Pekerjaan yang baik sepatutnya kelihatan seperti apa?
A =  Adakah objektif saya realistik?
R =  Adakah objektif saya bermakna?
T =  Adakah objektif saya boleh dijejak?
Pengiraan isikan tempat kosong di bawah mungkin berguna apabila menulis satu objektif.
OBJEKTIF: untuk (+katakerja tindakan +keputusan tunggal + tarikh sasaran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan